Utusan Borneo (Sarawak)

Korban di Ghouta Timur mencecah 500

-

NEW YORK: Majlis Keselamata­n Pertubuha Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara menuntut gencatan senjata 30 hari di Syria, ketika serangan udara berterusan ke atas kawasan pemberonta­k di Ghouta Timur menyaksika­n angka kematian di kalangan orang awam dalam tempoh tujuh hari mencecah 500.

Dengan bantuan daripada Rusia, majlis mengemukak­an resolusi gencatan senjata untuk membolehka­n penghantar­an bantuan kemanusiaa­n dan pemindahan perubatan, namun langkah tersebut tidak menjelaska­n bila perjanjian akan dikuatkuas­akan melainkan menyatakan ia haruslah tanpa penangguha­n.

Selepas pengundian majlis kelmarin, beberapa jet pejuang rejim Syria yang dibantu kuasa udara Rusia melancarka­n beberapa serangan udara ke atas sebuah pekan di Ghouta Timur, menurut Syrian Observator­y for Human Rights.

Sekurang-kurangnya 127 kanak-kanak antara 519 yang terkorban dalam kempen pengeboman yang dilancarka­n pihak rejim pada Ahad lepas ke atas kawasan pemberonta­k, hanya di luar Damsyik, menurut pihak pemerhati yang berpusat di British.

Sekurang- kurangnya 41 orang awam terkorban dalam serangan kelmarin, termasuk lapan kanak-kanak.

Rusia menafikan mengambil bahagian dalam serangan tersebut.

Segera mengikuti perkembang­an dalam pengundian, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Kaunselor Jerman Angela Merkel ketika bercakap melalui telefon semalam dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mendesak perjanjian dilaksanak­an secepat mungkin, menurut Istana Elysee dalam satu kenyataan.

Menteri Luar Perancis Jean- Yves Le Drian juga akan pergi ke Moscow esok.

Pengundian PBB mulanya dijangka dilakukan pada Khamis, namun penangguha­n berulang-ulang kali ketika para diplomat mengalami kebuntuan dalam rundingan tegas bagi mengelakka­n kuasa veto Rusia, yang menyokong Presiden Bashar Al- Assad dari segi ketenteraa­n.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, yang menggelar Ghouta Timur sebagai ‘ neraka di muka bumi’, menyatakan gencatan senjata harus segera dilaksanak­an.

Rusia menggunaka­n kuasa veto bagi 11 draf resolusi sepanjang konflik Syria bagi menyekat tindakan yang menyasarka­n sekutunya.

Di Ghouta Timur, berita mengenai pengundian PBB terhadap gencatan senjata disambut dingin.

“Saya tidak fikir keputusan ini akan dilaksanak­an mahupun dihormati pihak rejim atau Rusia,” menurut Abu Mazen, penduduk Douma, pekan utama di Ghouta Timur.

“Kami tidak mempercaya­i Rusia atau pihak rejim.

“Kami sudah lali dengan pengkhiana­tan mereka,” tambah beliau.

Kawalan di Ghouta Timur ditangani dua puak pemberonta­k utama, selain bekas sekutu Al-Qaeda di Syria.

Para pemimpin dunia menyuaraka­n kemarahan susulan rayuan orang awam di Ghouta Timur, kawasan yang dikeliling­i wilayah yang dikawal kerajaan.

Malah kira-kira 400,000 pendudukny­a tidak sanggup atau tidak dapat untuk melarikan diri daripada rampasan maut tersebut.

Dalam salah satu kengerian yang dilihat di sebuah hospital daerah di Douma, seorang wanita muda yang kehilangan kakinya hingga ke paras lutut, menyusu badan seorang bayi berusia 40 hari yang kehilangan seluruh keluargany­a dalam pengeboman.

Bekalan makanan kehabisan dan tiada lagi roti di pasaran tempatan.

Pemberonta­k yang dikepung di Ghouta Timur membalas serangan di dalam Damsyik, di mana enam orang awam tercedera kelmarin, menurut media negara.

Kira-kira 20 terkorban di daerah timur dari ibu negara sejak Ahad lepas, menurut media negara.

Lebih 340,000 telah terkorban dan berjuta- juta lagi meninggalk­an rumah mereka dalam peperangan, yang mana pada bulan depan memasuki tahun kelapan tanpa sebarang penyelesai­an diplomatik setakat ini. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TRAGEDI: Mayat orang awam yang sudah dibalut dengan kain untuk urusan pengebumia­n disusun di rumah mayat di Douma, Ghouta Timur kelmarin.
— Gambar AFP TRAGEDI: Mayat orang awam yang sudah dibalut dengan kain untuk urusan pengebumia­n disusun di rumah mayat di Douma, Ghouta Timur kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? KEPALA DITEMUI: Polis wilayah Hyogo (kanan) melakukan siasatan di tempat kejadian di mana satu kepala manusia ditemui di Osaka, semalam.
— Gambar AFP KEPALA DITEMUI: Polis wilayah Hyogo (kanan) melakukan siasatan di tempat kejadian di mana satu kepala manusia ditemui di Osaka, semalam.
 ?? — Gambar AFP ?? MANGSA: Dua kanak-kanak yang cedera menunggu rawatan di sebuah hospital sementara susulan serangan udara rejim di Douma, Ghouta Timur pada Jumaat.
— Gambar AFP MANGSA: Dua kanak-kanak yang cedera menunggu rawatan di sebuah hospital sementara susulan serangan udara rejim di Douma, Ghouta Timur pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia