Utusan Borneo (Sarawak)

PERAIRAN MASIH DICEROBOH

APMM terima laporan terdapat penceroboh­an kapal China di Beting Patinggi Ali.

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) mendakwa menerima laporan masih terdapat penceroboh­an oleh Pasukan Pengawal Pantai China di Beting Patinggi Ali pada awal tahun ini.

Pengarah Daerah Maritim 13 Miri (DM13) Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Wisma Putra telah dimaklumka­n mengenai perkara itu.

“Kami mengambil tindakan secara diplomasi senyap dengan China dan tidak membuat sebarang provokasi terhadap mereka.

“Aset-aset APMM juga dihantar ke kawasan terbabit bagi melakukan pemantauan terhadap Pasukan Pengawal Pantai China itu,” katanya ditemui pada Hari Terbuka DM13 Miri sempena Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia Ke-13 di sini semalam.

Beliau difahamkan bahawa kehadiran kapal China di Beting Patinggi Ali tidak mengganggu nelayan tempatan yang mencari hasil laut di kawasan tersebut.

“Buat masa sekarang, belum ada laporan mahupun rungutan daripada nelayan-nelayan tempatan memberitah­u pihak China menghalau mereka dari kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, lebih kurang 30 pemeriksaa­n dijalankan oleh APMM pada dua bulan pertama tahun ini namun belum ada tangkapan dilakukan bagi DM13.

“Sejak Operasi Armada dilancarka­n beberapa bulan ini, penceroboh­an nelayan asing di perairan kita agak berkuranga­n dengan banyak secara mendadak.

“Bagaimanap­un, APMM tetap melaksanak­an pengawalan di perairan dan berharap mereka yang mempunyai maklumat, akan melaporkan terus kepada kami bagi membantera­s perkara tidak diingini berlaku di laut,” katanya.

Dalam pada itu, Md Fauzi mengingatk­an syarikat-syarikat perkapalan agar mengaktifk­an Sistem Pengenalan Automatik (AIS) iaitu sistem pengesanan automatik digunakan kapal semasa di laut.

Menurutnya, kegagalan kapal mengaktifk­an sistem itu menyukarka­n APMM mengesan kapal terbabit jika memerlukan bantuan sekiranya berlaku perkara tidak diingini di laut.

 ??  ?? SIMBOLIK: Md Fauzi (depan, dua kanan) memotong pulut kuning simbolik perasmian Hari Terbuka DM13 Miri sempena Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia Ke-13 semalam.
SIMBOLIK: Md Fauzi (depan, dua kanan) memotong pulut kuning simbolik perasmian Hari Terbuka DM13 Miri sempena Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia Ke-13 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia