Utusan Borneo (Sarawak)

Bukan hasil balak haram

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Laporan berhubung rampasan kayu bernilai RM2.5 juta yang dikaitkan dengan kegiatan pembalakan haram di Lawas baru-baru ini adalah tidak benar.

Pemangku Pengarah Hutan Sarawak Hamden Mohammad berkata siasatan mendapati semua kayu yang dirampas telah dibayar cukai dan ditanda dengan tukul hak milik (MJF).

“Kami telah menghantar penguat kuasa dari Pejabat Hutan Bahagian Limbang untuk melakukan pemeriksaa­n balik ke atas kayu yang dirampas dan mendapati telah dibayar cukai dan mempunyai semua tanda yang diperlukan.

“Apa yang kami bimbang- kan ialah, disebabkan laporan tersebut ia akan memberi impak negatif kepada imej jabatan dan kerajaan negeri amnya di mata pihak luar.

“Justeru saya berharap agensi penguat kuasa yang menjalanka­n operasi ini akan menyemak dan merujuk dengan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) terlebih dahulu sebelum mengeluark­an kenyataan berhubung tangkapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia Peringkat Negeri 2018 di Telaga Air dekat sini semalam.

Dalam pada itu beberapa akhbar tempatan pada 23 Februari lepas telah menyiarkan laporan berhubung sebanyak 1,100 batang kayu balak, tiga jentolak, sebuah jengkaut dan tiga lori dikaitkan dengan kegiatan pembalakan haram di Lawas.

Siasatan semula telah dilakukan pada hari yang sama dan mendapati kerja-kerja pembalakan dilaksanak­an oleh pelesen yang sah dalam kawasan ‘Place of Royalty Marking’ yang diluluskan.

Pelesen juga telah diberi kelulusan untuk melaksanak­an penebangan melalui ‘Permit to Enter Coupe’ (PEC) yang dikeluarka­n pada 16 Oktober 2017 dan sah sehingga 15 Julai 2018.

Kayu- kayu balak yang dirampas juga telah ditanda dengan MJF dan telah didaftarka­n dalam ‘ Daily Production Return’ (DPR) dalam Sistem Revlog.

Kayu-kayu tersebut juga telah ditaksir royalti seperti yang telah direkodkan dalam Sistem Revlog dan juga mempunyai tanda tukul royalti (JH 721) di kedua-dua hujung balak rampasan.

Dalam perkembang­an berkaitan, Hamden berkata kegiatan pembalakan haram di negeri ini agak terkawal dengan nilai rampasan yang kecil iaitu 0.02 peratus berbanding hasil nilai pengeluara­n.

Bagaimanap­un tegasnya, ini tidak bermakna operasi penguatkua­saan akan dihentikan sebaliknya terus dipergiatk­an dengan menggunaka­n pelbagai pendekatan.

“Saya berterima kasih kepada semua agensi penguat kuasa yang telah membantu jabatan dan kerajaan negeri dalam membantera­s kegiatan pembalakan haram di negeri ini.

“Bagaimanap­un dalam keghairaha­n menjalanka­n operasi membantera­s pembalakan haram ini, kita harus pastikan semua maklumat adalah tepat,” ujarnya.

Kami telah menghantar penguat kuasa dari Pejabat Hutan Bahagian Limbang untuk melakukan pemeriksaa­n balik ke atas kayu yang dirampas dan mendapati telah dibayar cukai “dan mempunyai semua tanda yang diperlukan. Hamden Mohammad Pemangku Pengarah Hutan Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? HAMDEN
HAMDEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia