Utusan Borneo (Sarawak)

Beat The System dipinang syarikat rakaman Amerika Syarikat

-

SELEPAS

Yuna dan Zee Avi, kini sebuah kumpulan muzik tempatan dikenali Beat The System pula dalam usaha mencipta nama di Amerika Syarikat.

Komposer kumpulan itu Adrian Puan, 29, berkata usaha mereka untuk menembusi negara tersebut berjaya apabila kumpulan yang membawakan genre pop rock menghantar pita ragaan kepada beberapa syarikat rakaman di sana pada 2014.

“Satu daripada label di sana (Monster Hits Record) menghubung­i kami setelah mendengar pita ragaan kami. Wakil mereka datang ke Malaysia berjumpa kami dan membantu kami dari segi nasihat tentang bagaimana menembusi pasaran muzik Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu rancangan Nine11 di Bernama News Channel, semalam.

Kumpulan itu yang kini berpangkal­an di New York telah membuat beberapa persembaha­n sebagai artis jemputan sementara menunggu album sulung mereka bersama Monster Hits Record diterbitka­n.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2005 dengan hanya dianggotai oleh Gerald Storm, 30 (pemain dram), Stewart Sellan, 30-an (pemain gitar) bersama Adrian sebagai komposer telah ke Amerika Syarikat pada 2014 untuk menjadi artis rakaman Monster Hits Record.

Di sana mereka berjumpa dengan penyanyi negara itu May Leigh, 29, yang bersetuju menyertai mereka.

Sementara itu, ketua kumpulan Gerald berkata Beat The System akan muncul dengan album sulung mereka pada tahun ini yang akan turut memuatkan sebuah lagu berbahasa Melayu.

“Vokalis kami, May yang merupakan warga AS terpaksa belajar bahasa Melayu untuk menyanyika­n lagu itu bagi menambat hati pendengar muzik tempatan.

“Kami juga akan membuat siri jelajah radio di AS yang merangkumi sesi temu bual dan persembaha­n akustik mengenai album ini pada pertengaha­n bulan depan.

“Selain itu kami juga akan menjadi ‘opening act’ untuk konsert kumpulan popular AS seperti Maroon 5 dan Imagine Dragons pada musim panas nanti,” katanya.

Adrian berkata tindakan mereka mencuba nasib di AS setelah usaha menempa nama di persada tempatan tidak berjaya kini membuahkan hasil yang tidak disangkasa­ngka hingga berjaya menandatan­gani kontrak dengan syarikat rakaman terkenal Amerika Syarikat.

Kumpulan itu kini sedang mempromosi­kan single terbaharu mereka berjudul ‘Be Your Own,’ mengisahka­n perjalanan hidup mereka termasuk suka duka yang terpaksa dilalui.

“Banyak yang kami harungi sebelum berjaya menarik perhatian syarikat rakaman AS ini… Pada awalnya sesetengah pihak mentertawa­kan kami apabila kami beritahu mereka kami akan ke sana, malah ada yang kata jangan beranganla­h, kalian orang Malaysia, tiada orang yang pernah dengar rakyat Malaysia berjaya mencipta nama di sana,” katanya. Adrian berkata walaupun sering menerima komen negatif, mereka tetap bertahan dan terus berusaha untuk merea-lisasikan impian

mereka. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar oleh Beat The System ?? BEAT THE SYSTEM: (Dari kiri) Stewart, Adrian, Gerald dan May.
— Gambar oleh Beat The System BEAT THE SYSTEM: (Dari kiri) Stewart, Adrian, Gerald dan May.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia