Utusan Borneo (Sarawak)

Teruskan pemberian wang ihsan kepada mangsa banjir: Anyi

-

MIRI: Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau merayu agar kerajaan melalui jawatankua­sa pengurusan bencana peringkat negeri mahupun pusat terus memberi wang ihsan kepada mangsa banjir di konstituen­si Parlimen Baram.

Anyi berkata, usaha itu dapat membantu meringanka­n beban mangsa banjir di kawasan kerap dilanda banjir kerana berikutan kediaman terjejas teruk akibat banjir, ada antara mangsa terpaksa ‘bergelanda­ngan’ tanpa tempat berteduh.

“Penduduk di Baram berdepan banjir besar dan saya percaya jawatankua­sa pengurusan bencana peringkat daerah dan bahagian telah mendapatka­n data berkaitan mangsa banjir dan kerugian diterima mereka.

“Justeru, saya berharap mereka yang masih belum menerima wang ihsan akan menerimany­a dan bantuan terus diberikan,” jelas Anyi kepada Utusan Broneo selepas menghadiri Program Jualan Sentuhan Rakyat di pekan Beluru, Bakong dekat sini kelmarin.

Anyi memberitah­u, berbeza keadaan di bandar penduduk luar bandar tidak mempunyai tempat untuk pergi atau penginapan sementara apabila kediaman mereka dilanda banjir sekali gus menjejaska­n kehidupan mereka termasuk punca pendapatan.

“Beberapa rumah panjang di pedalaman Baram tidak mempunyai balai raya atau dewan di mana penduduk terjejas banjir boleh berkumpul.

“Sebaliknya, apa yang ada hanya hutan rimba dan ini menyebabka­n mereka tiada pilihan selain duduk di rumah panjang masing-masing dan terpaksa berdepan dengan bencana banjir.

“Sehubungan itu, saya amat berharap kerajaan terus bekerjasam­a dan menyediaka­n keperluan bantuan termasuk wang ihsan untuk mereka yang tiada tempat berteduh sementara menunggu bantuan tiba,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia