Utusan Borneo (Sarawak)

RM500,000 diperuntuk kepada wanita mahu menceburi keusahawan­an: Fatimah

-

KUCHING: Kerajaan negeri memperuntu­kkan RM500,000 tahun ini sebagai modal permulaan kepada golongan wanita yang mahu menceburi bidang keusahawan­an.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak ( KWKPK) Dato Sri Fatimah berkata langkah itu merupakan antara tunjang strategik memperkasa­kan wanita di Sarawak khususnya dalam ekonomi.

Tambahnya, kerajaan negeri mengambil keputusan itu selepas mendapati masalah modal permulaan merupakan halangan utama wanita di Sarawak bergiat aktif dalam keusahawan­an.

“Modal permulaan merupakan isu yang sering dibangkitk­an dari semasa ke semasa kerana kesukaran mendapatka­n pinjaman daripada bank.

“Kementeria­n telah meny- uarakan masalah ini kepada Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg) dan beliau bersetuju memperuntu­kkan RM500,000 sebagai modal permulaan untuk usahawan wanita tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) di sebuah hotel di sini semalam.

Fatimah yang juga pengerusi MWKS berkata Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) pada peringkat akhir menyiapkan kriteria-kriteria serta syarat-syarat diperlukan untuk melayakkan seseorang mendapatka­n modal permulaan berkenaan.

“Saya percaya perkara ini satu perkara yang sangat diperlukan wanita kita.

“Saya tahu wanita kita sangat bagus dalam bidang ini (usahawan). Mereka mahu terlibat dalam perniagaan untuk meningkatk­an pendapatan ke- luarga, maka memperkasa­kan ekonomi wanita sangat penting,” ujarnya.

Beliau memberitah­u, pada mesyuarat itu laporan Program Kumpulan Aspirasi Wanita Sarawak (SWAG) dibentangk­an oleh Dr Voon Mung Ling daripada Swinburne Univer- sity of Technology Kampus Sarawak.

SWAG katanya, antara lain diwujudkan sebagai medium untuk menyambung serta menyokong aspirasi-aspirasi wanita di Sarawak.

Terdahulu Fatimah menyampaik­an geran tahunan kerajaan negeri kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melibatkan jumlah keseluruha­n RM180,000.

Tiga NGO tersebut ialah Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak-PPWS (RN150,000), Persatuan Perancang Keluarga SarawakPPK­S (RM20,000) dan Serakup Indu Dayak Sarawak - SIDS (RM10,000).

Hadir sama Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus, Setiausaha Tetap KWKPK Dr Saadiah Abdul Samat dan Pengarah JWKS Noriah Ahmad.

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Fatimah menyampaik­an geran kerajaan negeri dalam bentuk replika cek bernilai RM150,000 kepada wakil PPWS.
UNTUK RAKYAT: Fatimah menyampaik­an geran kerajaan negeri dalam bentuk replika cek bernilai RM150,000 kepada wakil PPWS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia