Utusan Borneo (Sarawak)

Demi pembanguna­n berterusan, di bawah BN, Selangau mengalami pembanguna­n pesat pelbagai aspek

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Rakyat di kawasan Parlimen Selangau disaran agar terus memberi sokongan tidak berbelahba­hagi terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) bagi membolehka­n pembanguna­n berterusan di kawasan terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata di bawah kepimpinan BN, kawasan Selangau merangkumi Tatau mengalami pembanguna­n pesat dalam pelbagai aspek termasuk kemudahan prasarana serta infrastruk­tur setempat.

“Semua ini jelas membuktika­n kerajaan komited membangunk­an kawasan serta menaik taraf kehidupan masyarakat sekali gus merubah tahap kehidupan mereka

Semua ini jelas membuktika­n kerajaan komited membangunk­an kawasan serta menaik taraf kehidupan masyarakat sekali gus merubah tahap kehidupan mereka ke arah lebih baik. Datuk Joseph Entulu Belaun Menteri di Jabatan Perdana Menteri

ke arah lebih baik,” katanya pada Program Komuniti 1Malaysia Bersama Komuniti di Rumah Vicky Angkalom, Jalan Tatau-Bintulu semalam.

Jelasnya, bagi tujuan itu rakyat di kawasan Selangau dinasihati tidak terpengaru­h dengan segala dakyah pihak tidak bertanggun­gjawab yang memburuk-burukkan kerajaan kerana ia adalah usaha sia-sia.

“Kekuatan kerajaan BN terbukti melalui kemampuan mereka membangunk­an negeri ini sehingga mencapai tahap kemajuan mapan dan menyeluruh,” katanya.

Justeru, katanya sokongan padu rakyat memastikan kestabilan pemerintah­an BN yang sememangya bersungguh- sungguh demi kesejahter­aan rakyat negeri ini.

Hadir sama Pemanca Valerie Manyi serta ketua-ketua masyarakat sekitar kawasan Tatau dan Selangau.

 ??  ?? SAMBUTAN: Entulu bersalaman dengan penduduk rumah panjang sejurus tiba di Tatau semalam.
SAMBUTAN: Entulu bersalaman dengan penduduk rumah panjang sejurus tiba di Tatau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia