Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat harus jadikan perayaan untuk pelajari, kenali budaya kaum

-

SRI AMAN: Masyarakat berbilang kaum di negeri ini harus menjadikan setiap perayaan sebagai landasan mempelajar­i, mengenali kebudayaan serta adat resam sesuatu kaum lain.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, peluang itu harus dimanfaatk­an anggota masyarakat dengan mengunjung­i rakan taulan.

Katanya, pelbagai perayaan di negara kita mempunyai keunikan tersendiri dan masyarakat berbilang kaum berpeluang merayakan semua perayaan itu.

“Inilah keunikan masyarakat kita berkunjung bukan hanya masyarakat merayakan perayaan terbabit malah masyarakat kaum lain,” katanya pada Majlis RamahTamah Tahun Baharu Cina dan Pelancaran Pesta Cap Goh Mei Peringkat Sri Aman 2018 anjuran Simanggang Soon Heng Society dengan kerjasama ketua masyarakat, ketua kaum dan pertubuhan Cina di bahagian Sri Aman di sini malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu berkata, budaya kunjung mengunjung harus diteruskan kerana ia mampu meningkatk­an semangat perpaduan serta hormat menghormat­i.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat, Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai, Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman Richard Tawan Sedu serta tetamu lain.

Harden turut meluluskan peruntukan berjumlah RM25,000 kepada Simanggang Soon Heng Society untuk penganjura­n Pesta Cap Goh Mei 2018, manakala RM5,000 kepada Simanggang Soon Heng Society dan RM30,000 disalurkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Simanggang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia