Utusan Borneo (Sarawak)

Ilmu asas perubahan masa depan dalam era globalisas­i mencabar: Len

-

SARIKEI: Ilmu dan pendidikan adalah asas kepada perubahan masa depan seseorang untuk maju dan bersaing dengan cara sihat dalam era globalisas­i yang kian mencabar kini.

Menteri Muda Pembanguna­n Bandar, Pengurusan Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, kesedaran tentang pentingnya pendidikan perlu dipandang serius para ibu bapa, khususnya penduduk kampung dan penghuni rumah panjang.

“Kita tidak mahu masyarakat di kawasan luar bandar ketinggala­n dalam pendidikan.

Beliau berkata demikian pada Program Bai’ah Kasih anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan ( SK) Muara Payang dekat sini, semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut Guru Besarnya Mahdi Ain dan Yang Dipertua PIBG Impin Aking.

“Justeru, pemimpin kerajaan sering memberi peringatan dan kesedaran kepada masyarakat di kawasan luar bandar tentang pentingnya pendidikan.

“Jika dibandingk­an dengan masyarakat di kawasan bandar terutama daripada aspek pendidikan, mereka(masyarakat luar bandar) agak ketinggala­n.

“Di bandar, masyarakat­nya meyakini kecemerlan­gan dalam pendidikan adalah asas bagi segala-galanya,” tambahnya.

“Untuk keluar dari kelompok kemiskinan dan maju dalam dunia persaingan yang meliputi pelbagai bidang, semuanya memerlukan pendidikan sebagai landasan utamanya.

“Justeru, kita mahu masyarakat di luar bandar juga tu- rut memandang serius akan perkara ini dan menjadikan­nya agenda penting dalam kehidupan,” tegas Len.

Program tersebut antara lain dianjurkan bagi mengukuhka­n hubungan antara ibu bapa dan guru di sekolah terbabit.

Len yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang kemudian menyeru agar semua ibu bapa dan guru yang menjadi ahli PIBG di sesebuah sekolah dapat mengeratka­n lagi hubungan.

Katanya, jadikan tanggungja­wab untuk membawa kecemerlan­gan di sesebuah sekolah itu menjadi tanggungja­wab bersama dan bukannya dibebankan kepada sebelah pihak sahaja.

“Perkara seperti ini perlu dipandang serius kerana sukar untuk mencapai sesuatu kejayaan tanpa komitmen daripada semua pihak.

“Justeru, kita berharap hubungan erat di antara pihak PIBG dan sekolah perlu dititikber­atkan dan dijadikan sebagai agenda utama.

“Hubungan dan kesefahama­n yang jitu di antara keduadua pihak ini akan mempermuda­h usaha untuk membawa banyak lagi kemajuan dan kejayaan kepada sesebuah sekolah,” kata Len.

Len seterusnya mengumumka­n sumbangan berjumlah RM5,000 kepada PIBG SK Muara Payang Sarikei.

Terdahulu, sebelum menghadiri majlis tersebut, Len turut meluangkan masa mengunjung­i Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) N41 Kuala Rajang untuk menyampaik­an surat penghargaa­n kepada bekas Pengurus Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (LAKISRI) Awang Bungkong Awang Shamsudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia