Utusan Borneo (Sarawak)

Permukaan tanah tidak stabil punca kren tumbang

-

KUALA LUMPUR: Projek Lintasan Sungai Besi- Ulu Klang (ProLintas) mengesahka­n kejadian kren tumbang di MRR2 Ulu Klang-Ampang berpunca daripada permukaan tanah tidak stabil yang menempatka­n kren berkenaaan.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (ProLintas) berkata, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kerosakan harta awam.

“ProLintas mengesahka­n laporan mengenai kren terbalik di KM25.2 berhampira­n Dataran Ukay pada 10 pagi tadi (semalam).

“Pasukan kecemasan dikerahkan ke kawasan kejadian untuk memberi bantuan dan kerja-kerja pembersiha­n kini giat dijalankan bagi menyuraika­n kesesakan trafik dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, ProLintas memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul beriku- tan kejadian itu dan memberi jaminan keselamata­n serta keselesaan orang awam dan penduduk di sekitar kawasan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) adalah menjadi keutamaan syarikat itu.

Orang ramai juga diminta menyalurka­n maklumat dan aduan berhubung pembinaan Lebuhraya SUKE kepada Facebook dan Twitter ProLintas iaitu PROLINTAS Highways/@mySUKEoffi­cial atau talian 1300-88-9922.

ProLintas, syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), merupakan pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat AmpangKual­a Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), SUKE dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatny­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia