Utusan Borneo (Sarawak)

Polis rampas dadah, sepucuk pistol di Tanjung Piandang

-

BAGAN SERAI: Polis Daerah Kerian melumpuhka­n satu sindiket pengedaran dadah dengan tertangkap­nya dua pengedar dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM25,000 serta sepucuk pistol dalam serbuan di Tanjung Piandang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kedua-dua suspek berumur 40- an itu yang merupakan penagih tegar ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dalam serbuan di sebuah garaj kereta berhadapan sebuah rumah di kawasan Bagan Selatan, Tanjung Piandang pada jam 11 malam.

Katanya, hasil pemeriksaa­n terhadap seorang daripada suspek, polis menjumpai satu paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis Methamphet­amine dalam sebuah beg silang berwarna hitam pada badan suspek.

“Pemeriksaa­n seterusnya ke sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang diletakkan dalam garaj berkenaan menemukan empat paket plastik lutsinar disyaki heroin, sepucuk pis- tol jenis Luger bersama satu kelopak peluru kosong dan 35 butir peluru bertulis Thai Arms Auto 380 dalam satu bekas plastik berwarna hitam.

“Polis kemudianny­a memeriksa sebuah bilik kecil di garaj itu dan menemui tiga lagi peket lutsinar disyaki dadah jenis heroin, satu peket berisi 50 biji pil Eramin 5, satu botol plastik mengandung­i cecair Potasium Permangana­te, satu botol kaca mengandung­i cecair Ethanol Absolute, satu botol cecair mengandung­i Propylene Glycol USA dan empat balang kaca disyaki berisi asid,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini semalam.

Omar Bakhtiar berkata, dadah yang dirampas itu dipercayai diedarkan kepada penagih sekitar kawasan itu manakala bahan yang dirampas itu pula dipercayai untuk menjadikan tempat itu sebagai makmal pemprosesa­n dadah.

Menurut beliau, siasatan mendapati seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah dan ujian air kencing mendapati keduaduany­a positif dadah morfin dan Methampthe­mine.

Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula 24 Februari.

Dalam perkembang­an lain, polis dapat menyelesai­kan empat kes menyamar sebagai polis dan samun dengan tertangkap­nya seorang lelaki berumur 34 tahun di sebuah rumah di Jalan Sejahtera, Taman Aman Sejahtera, Parit Buntar pada 3.30 petang 20 Februari lalu.

Omar Bakhtiar berkata, suspek yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan itu ditahan dalam Ops Cantas di mana polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha LC135, baju dan sehelai seluar jeans yang digunakan dalam penyamaran itu.

Suspek kini ditahan reman tujuh hari bermula 21 Februari. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Omar Bakhtiar (dua kiri) dan Timbalanny­a DSP Sanusi Salleh (kiri) menunjukka­n sepucuk pistol jenis Luger dan bahan kimia yang ditemui dari pengedar dadah yang dirampas di Tanjung Piandang Jumaat lalu pada sidang media di Ibu Pejabat...
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Omar Bakhtiar (dua kiri) dan Timbalanny­a DSP Sanusi Salleh (kiri) menunjukka­n sepucuk pistol jenis Luger dan bahan kimia yang ditemui dari pengedar dadah yang dirampas di Tanjung Piandang Jumaat lalu pada sidang media di Ibu Pejabat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia