Utusan Borneo (Sarawak)

Badminton: Sesi pendengara­n kes atur perlawanan bermula semalam

-

SINGAPURA: Sesi pendengara­n berhubung kes mengatur perlawanan membabitka­n dua pemain badminton Malaysia bermula semalam di Singapura.

Menurut pemerhati bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Jadadish Chandra, kedua-dua pemain itu, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang telah pun berada di sini.

Chandra, yang ditemui Bernama di hotel tempat berlangsun­gnya sesi pendengara­n itu, berkata sesi berkenaan akan bermula jam 10 pagi dan dijangka berlangsun­g ‘sepanjang hari’.

Selain menjadi anggota majlis BAM, Chandra juga merupakan anggota utama bagi jawatankua­sa peraturan, disiplin dan integriti badan induk itu.

Chandra berkata Singapura dipilih sebagai lokasi sesi pendengara­n itu semata-mata kerana ia merupakan ‘venue neutral’ dan tiada aktiviti mengatur perlawanan membabitka­n kedua-dua pemain badminton itu berlaku di republik ini.

“Ia berlaku di beberapa tempat di dunia,” katanya.

Keluarga Zulfadli dilihat berada di lobi hotel sebelum diiring masuk.

Zulfadli, bekas juara badminton remaja dunia dan Tan, yang beraksi dalam kejohanan Piala Thomas, diwakili peguam masing-masing dalam sesi pendengara­n dua hari itu.

Sesi pendengara­n itu dikendalik­an oleh panel tiga anggota daripada Persekutua­n Badminton Dunia (BWF).

BWF menggantun­g sementara kedua-dua pemain itu daripada menyertai manamana kejohanan anjurannya dan memaklumka­n perkara itu kepada BAM pada Disember lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia