Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah bersih yang diperoleh oleh pelabur asing di bursa minggu lepas ialah RM190.9 juta, kata MIDF

-

KUALA LUMPUR: Pelabur luar memasuki Malaysia buat minggu kedua berturut-turut, dengan tahap tertinggi minggu lepas, kata MIDF Amanah Investment Bhd.

Ia berkata berdasarka­n data awal daripada Bursa Malaysia, tidak termasuk tawaran pasaran, jumlah bersih yang diperoleh oleh pelabur asing di bursa minggu lepas ialah RM190.9 juta, peningkata­n besar berbanding RM4.5 juta dibeli pada minggu sebel- umnya hujung minggu yang panjang.

Belian asing ini berlaku pada tiga daripada lima hari dagangan minggu lepas, dengan Isnin mencatat aliran masuk harian tertinggi dalam tempoh 10 hari dagangan, dengan jumlah bersih RM164.3 juta, sekali gus menolak naik FBM KLCI sebanyak 1.04 peratus kepada 1,857 mata.

“Kami melihat pelabur asing memulakan hari dagangan pertama Tahun Anjing susulan Wall Street yang sudah pun mencatat peningkata­n pada minggu sebelumnya,” kata MIDF dalam laporan aliran dana mingguanny­a semalam.

Ia berkata pelabur asing juga terus membeli pada Selasa, namun pada kadar yang lebih stabil, sebanyak RM31.8 juta ketika tiada pemangkin baharu dalam pasaran susulan penutupan semalaman saham AS pada Isnin.

Kemerosota­n Wall Street pada Rabu disebabkan minit mesyuarat Rizab Persekutua­n AS bagi Januari yang menunjukka­n perlunya kadar faedah dinaikkan, menyebabka­n penurunan dalam pasaran Asia, termasuk Malaysia pada Khamis.

“Oleh itu, tidak mengejutka­n pelabur asing menjual AS$ 30.8 juta bersih pada hari itu. Yang menariknya, penurunan 0.17 peratus FBM KLCI pada Khamis, tidak seteruk rakan- rakan lain di Asia Tenggara,” kata MIDF.

FBM KLCI pulih dan mengakhiri minggu ini pada 1,862 mata, disokong oleh pembelian asing berjumlah RM48.5 juta bersih.

“Kami mendapati sentimen meningkat pada Jumaat selepas saham Public Bank mencecah rekod tertinggi sebanyak RM22.90 berikutan prestasiny­a yang positif dalam tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017, yang dikeluarka­n sehari sebelumnya,” kata MIDF.

Setakat ini tahun ini, pelabur asing telah mengumpul bersih ekuiti tempatan sebanyak RM2.1 bilion, berbeza dengan RM1.3 bilion yang dibeli dalam tempoh yang sama pada 2017.

“Pelabur asing kekal aktif berdasarka­n purata nilai dagangan harian (ADTV) melebihi RM1 bilion selama lapan minggu berturut-turut.

Sementara itu, ADTV runcit pulih, meningkat 53 peratus minggu ini kepada RM1.0 bilion berbanding RM663 juta sebelumnya,” kata MIDF. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia