Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan rakyat Romania berarak sokong ketua antirasuah

-

BUCHAREST: Ribuan rakyat Romania berdepan dengan suhu yang membeku kelmarin bagi menunjukka­n sokongan mereka kepada ketua terkenal dari badan siasatan antirasuah di negara itu, yang cuba digulingka­n oleh kerajaan sayap kiri.

Menteri Kehakiman Tudorel Toader dari Parti Demokratik Sosial ( PSD) telah melancarka­n satu prosedur kelmarin bagi memecat Laura Codruta Kovesi, ketua pendakwa raya bagi badan antirasuah DNA, menuduh beliau sebagai “bersikap kuku besi”.

Kira-kira 3,000 penunjuk perasaan berkumpul berhampira­n bangunan kerajaan di ibu negara Bucharest, menurut agensi berita Agerpres, melaungkan “Codruta, jangan lupa, kami bersama dengan anda”, dan “Keadilan bukannya rasuah”.

“DNA harus terus melakukan tugasnya, bagaimanap­un menteri kehakiman harus pergi,” kata penunjuk perasaan, Serban Alexe, seorang pakar komputer.

Beratus-ratus orang turut berkumpul di jalan raya di bandar-bandar barat Timisoara dan Cluj, termasuk di Brasov dan Sibiu di tengah Romania.

Sebagai ketua pendakwa raya DNA, Kovesi telah membantu membawa beberapa pegawai yang korup ke muka pengadilan sejak beberapa tahun ini di salah sebuah negara yang dibelenggu oleh rasuah dalam Kesatuan Eropah (EU).

Ini telah membuatkan wanita berusia 44 tahun itu mendapat pujian di luar negara di samping musuh di peringkat tinggi di Romania, dengan ramai daripada mereka yang disabitkan adalah anggota atau rapat dengan parti pemerintah.

Lebih 2,000 penyokong telah berarak di Bucharest dan beberapa bandar Romania yang lain pada Khamis lepas selepas pengumuman Toader, di mana beliau menuduh Kovesi menyebabka­n “imej Romania terjejas” di luar negara.

Di bawah undang-undang, ia adalah terpulang kepada menteri kehakiman untuk meminta pemecatan ketua pendakwa raya, namun keputusan terakhir mengenai sama ada untuk memecat Kovesi bergantung kepada Presiden Klaus Ionnahis, yang dari pihak haluan kanan dan menjelaska­n pada Khamis lepas bahawa beliau berasa “gembira” dengan DNA.

Lebih 87,000 orang telah menandatan­gani satu petisyen atas talian menyeru kepada Ionnahis agar tidak memecat Kovesi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? ANTIRASUAH: Penunjuk perasaan berarak sebagai tanda sokongan kepada ketua badan antirasuah di hadapan bangunan kerajaan Romania di Bucharest kelmarin.
— Gambar AFP ANTIRASUAH: Penunjuk perasaan berarak sebagai tanda sokongan kepada ketua badan antirasuah di hadapan bangunan kerajaan Romania di Bucharest kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia