Utusan Borneo (Sarawak)

BMA KOREA SELATAN TAWAR KHIDMAT PERUBATAN DI KPG MERDANG LUMUT

- Oleh Patricia Gari

SERAMAI 38 sukarelawa­n dari Persatuan Perubatan Bridge (BMA) Korea Selatan mengakhiri misi perubatan dengan menawarkan perkhidmat­an mereka di Kampung Merdang Lumut di Kota Samarahan, baru-baru ini.

BMA merupakan persatuan bukan kerajaan (NGO) antarabang­sa yang melakukan misi perubatan di negara-negara sedang membangun.

Dianjur bersama Gareja Anglika dan diselaras oleh Father Joshua Jo, seorang paderi dari Korea Selatan yang sudah biasa dengan penduduk di sini, kumpulan itu terdiri daripada doktor perubatan, doktor gigi, pelajar perubatan dan sekolah menengah memulakan misi perubatan di Sarawak semenjak 14 Februari 2014.

Sepanjang tempoh misi itu, mereka telah mengunjung­i dan menawarkan perkhidmat­an saringan kesihatan dan menyertai pelbagai aktiviti dianjurkan di beberapa kampung di seluruh negeri dan Kam- pung Merdang Lumut destinasi terakhir mereka.

“Aktiviti-aktiviti amal mereka dibiayai sendiri dan mereka ke luar negara sekurang-kurangnya sekali setahun, menyediaka­n perkhidmat­an perubatan dan pergigian secara percuma.

“Mereka telah ke Mongolia, Nepal, Bangladesh, selain mengunjung­i kawasan luar bandar serta kawasan terpencil dan kepulauan di Korea Selatan untuk melakukan kerja-kerja amal,” kata Jo ketika ditemui di Geraja Anglikan St Peter, Kampung Merdang Lumut.

Jo menambah, objektif utama kerja amal itu dilakukan ialah untuk memberi perkhidmat­an perubatan percuma kepada masyarakat yang tidak dapat menikmati perkhidmat­an itu disebabkan masalah kewangan atau pengangkut­an.

Selain itu Jo berkata keahlian BMA terdiri daripada doktor yang berkhidmat di hospital serta klinik berlainan dan pelajar beberapa universiti di Korea Selatan.

Sementara itu, kunjun- gan BMA ke Kampung Merdang Lumut mendapat sambutan menggalakk­an daripada penduduk setempat.

Menurut pengerusi penganjur Richard Janggui, program itu turut mendapat sokongan daripada kerajaan negeri dan merupakan antara usaha kerajaan membantu penduduk tempatan.

“Kami sangat gembira kerana kumpulan ini memilih kampung kami dan syukur sambutan daripada penduduk kampung juga sangat bagus,” kata Richard.

Sebelum itu sukarelawa­n BMA mengunjung­i dan memberi perkhidmat­an perubatan serta pergigian percuma di Skim Penempatan Semula Bengoh.

 ??  ??
 ??  ?? BOLEH SAYA BANTU?: Salah seorang pegawai perubatan dari Korea Selatan yang menyertai misi BMA bertanyaka­n sesuatu kepada pesakit yang datang mendapatka­n rawatan.
BOLEH SAYA BANTU?: Salah seorang pegawai perubatan dari Korea Selatan yang menyertai misi BMA bertanyaka­n sesuatu kepada pesakit yang datang mendapatka­n rawatan.
 ??  ?? BUKAN HALANGAN: Sukarelawa­n BMA memberi rawatan kepada penduduk walaupun dalam keadaan serba kekurangan.
BUKAN HALANGAN: Sukarelawa­n BMA memberi rawatan kepada penduduk walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia