Utusan Borneo (Sarawak)

KUCHING FA SEMAKIN BERSEMANGA­T

Bersedia berdepan skuad Liga Super, Kuala Lumpur pada aksi pusingan kedua Piala FA 2018 Sabtu ini

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Kejayaan membenam tuan rumah, UPKBBRI U- BeS pada perlawanan pembukaan Piala FAM 2018 di Kelantan pada Ahad lalu menjadi tonik berharga buat Kuching FA untuk mengharung­i pusingan kedua saingan Piala FA 2018 pada Sabtu ini.

Skuad Kuching FA bakal bertemu dengan skuad Liga Super, Kuala Lumpur di Stadium KLFA, Kuala Lumpur setelah menyingkir­kan pasukan Jengka FC wakil Terengganu pada pusingan pertama lalu.

Ketua Jurulatih Kuching FA, Sahrizan Sahari berkata pasukan lawan mereka pada pusingan kedua itu, Kuala Lumpur bukannya lawan yang mudah kerana pasukan warga ibu kota itu memiliki pengalaman luas di pentas Liga Malaysia.

“Bertemu dengan Kuala Lumpur bukan menjadi perencat semangat dan cita-cita anak didik saya untuk mereka meneruskan momentum kemenangan, malah semua pemain semakin bersemanga­t untuk bersaing pada kempen Piala FA 2018 ini,” katanya di sini semalam.

Menurut Sahrizan, ‘mood’ anak-anak buahnya ketika ini adalah dalam situasi terbaik serta memberi bayangan betapa mereka bersedia mengejutka­n skuad ibu kota itu nanti.

“Kita sedar Kuala Lumpur bukan lawan yang mudah kerana mereka sebuah pasukan yang bersaing dalam Liga Super musim ini malah dibarisi beberapa pemain ber- pengalaman luas termasuk import asing.

“Namun, ia tidak bermakna Kuching FA menyerah kalah dengan mudah malah kami akan berjuang habis-habisan untuk melakukan kejutan dan memperoleh­i keputusan yang positif,” jelasnya.

Sahrizan berkata, semua pemain masih berada dalam ‘mood’ terbaik setelah mencatat kemenangan pertama di tempat lawan pada Ahad lalu dan beliau percaya skuadnya mampu mencipta kejutan sekali gus melakarkan satu lagi sejarah mara ke pusingan seterusnya.

Jurulatih berpengala­man itu juga menggesa semua pemain agar mengekalka­n semangat perjuangan tinggi dan momentum terbaik tatkala berdepan tekanan penyokong lawan nanti.

“Yang pastinya, kami (Kuching FA) berikrar un- tuk memberikan tentangan habis- habisan dan tidak akan pulang hampa kerana semua pemain berada dalam kondisi terbaik dan mampu beraksi dengan cemerlang pada perlawanan itu nanti,” katanya.

Kuching FA turut bersama dengan pasukan Sarawak bersaing pada pusingan kedua Piala FA 2018 Sabtu ini di Stadium KLFA, Cheras jam 8.45 malam.

Sementara itu, Sarawak dijadualka­n bertemu dengan Perak di gelanggang lawan, Stadium Perak juga pada Sabtu ini, jam 8.45 malam.

Bertemu dengan Kuala Lumpur bukan menjadi perencat semangat dan cita- cita anak didik saya untuk mereka meneruskan momentum kemenangan, malah semua pemain semakin bersemanga­t untuk bersaing pada kempen Piala FA 2018 ini. Sahrizan Sahari Ketua Jurulatih Kuching FA

 ??  ??
 ??  ?? KAWAL: Penyerang Sarawak, Muhammad Firdaus Fauzi (kiri) berjaya melepaskan diri daripada kawalan pertahanan Pulau Pinang, Harzanhafi­z Hazlizaniz­an Awal (kanan) pada aksi Piala Presiden 2018.
KAWAL: Penyerang Sarawak, Muhammad Firdaus Fauzi (kiri) berjaya melepaskan diri daripada kawalan pertahanan Pulau Pinang, Harzanhafi­z Hazlizaniz­an Awal (kanan) pada aksi Piala Presiden 2018.
 ??  ?? GIGIH: Pemain-pemain Kuching FA gigih menjalani latihan sebagai persiapan berdepan Kuala Lumpur pada kempen Piala FA 2018 di Stadium KLFA pada Sabtu ini.
GIGIH: Pemain-pemain Kuching FA gigih menjalani latihan sebagai persiapan berdepan Kuala Lumpur pada kempen Piala FA 2018 di Stadium KLFA pada Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia