Utusan Borneo (Sarawak)

Nyaris hilang ‘perkasa’ gara-gara cincin, gunting

Lelaki terpaksa minta tolong bomba, dihantar ke HUS untuk menyelamat­kan kemaluan membengkak

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seorang lelaki nyaris hilang ‘perkasa’ garagara sebentuk cincin dan gunting tersekat pada kemaluanny­a, semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 45 tahun itu terdahulun­ya mendapatka­n pertolonga­n di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang sebelum dirujuk ke HUS akibat kedudukan cincin dan gunt- ing tersebut yang berisiko untuk dialihkan.

“Mangsa datang sendiri ke BBP Batu Lintang dan memohon bantuan bomba untuk memotong cincin dan gunting yang masih tersekat pada kemaluanny­a yang se- makin membengkak.

“Pihak bomba kemudian menghantar mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sekitar jam 11,30 pagi semalam untuk rujukan kerana kedudukan cincin tidak kelihatan dan memerlukan tin- dakan lanjut perubatan,” kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurutnya, mangsa terdahulu diberikan ubat pelali sebelum kerja-kerja pemotongan cincin dan gunting tersebut dijalankan.

“Bomba dibantu pihak hospital menjalanka­n kerja-kerja pemotongan tersebut dengan menggunaka­n peralatan khas iaitu seunit ‘air grinder’ dan seunit tabung udara ‘breathing apparatus,” katanya.

Cincin dan gunting tersebut kemudian berjaya dialihkan dan mangsa diserahkan kepada pihak HUS untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

Mangsa datang sendiri ke BBP Batu Lintang dan memohon bantuan bomba untuk memotong cincin dan gunting yang masih tersekat pada kemaluanny­a yang semakin membengkak. Jurucakap JBPM

 ??  ?? BERUSAHA: Pegawai perubatan dibantu anggota bomba berusaha memotong cincin dan gunting yang tersekat pada kemaluan mangsa.
BERUSAHA: Pegawai perubatan dibantu anggota bomba berusaha memotong cincin dan gunting yang tersekat pada kemaluan mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia