Utusan Borneo (Sarawak)

HIKAM, ABIM: Jauhi tindakan gugat keharmonia­n kaum, agama di Sarawak

-

KUCHING: Terima keputusan Mahkamah Persekutua­n berhubung empat individu yang ingin murtad daripada Islam seadanya, dan jauhi tindakan yang boleh menggugat keharmonia­n kaum dan agama di Sarawak.

Halaqah Kemajuan Muslim Sarawak (HIKAM) berkata, rakyat perlu bergerak ke depan dalam bingkai keadilan dan keharmonia­n untuk menjadikan Sarawak negeri terbaik untuk kita semua diami.

Semua pihak sama ada perayu mahupun institusii­nstitusi Islam di Sarawak perlu belajar daripada iktibar yang diperolehi melalui kes yang diputuskan ini, kata persatuan itu menerusi satu kenyataan.

“Keputusan Mahkamah Persekutua­n menjelas dan mengesahka­n lagi aplikasi undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia khususnya di negeri Sarawak.

“Mahkamah Persekutua­n mengiktira­f Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar sebarang permohonan keluar Islam selari dengan Item 1 Senarai Negeri Jadual Ke-Sembilan Perlembaga­an Persekutu- an,” kata HIKAM.

HIKAM berpendapa­t keputusan itu menunjukka­n wujud pengasinga­n bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah seperti yang digariskan dalam Perkara 121 (1A) Perlembaga­an Persekutua­n.

“Keputusan Mahkamah Persekutua­n hari ini ( semalam) malah telah memperkuku­hkan lagi pengamalan hak kebebasan beragama di Malaysia seperti yang dijamin dalam Perkara 11 (1) Perlembaga­an Persekutua­n.

“Hak kebebasan beragama ini diamalkan mengikut kefahaman yang sempurna agar tidak menjejaska­n kerangka penuh dan keharmonia­n sistem perundanga­n di Malaysia,” ujarnya.

Malah, hak kebebasan beragama para perayu dalam kes ini kekal dijamin bukan sahaja oleh Perlembaga­an Persekutua­n, bahkan oleh undang-undang Syariah yang berkuat kuasa di Sarawak melalui implikasi daripada Seksyen 68, 69 dan 70 Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001.

“Permohonan mereka untuk mengisytih­arkan keluar Islam hendaklah dibuat ke- pada forum yang betul iaitu Mahkamah Syariah.

“Agama rasmi mereka adalah seperti mana yang direkodkan dalam dokumen pengenalan diri masingmasi­ng sehinggala­h mereka selesai melalui proses yang diarahkan dan pengisytih­aran mereka keluar Islam telah dibuat oleh Mahkamah Syariah,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM) Mohd Khairul Anwar Ismail menggesa semua pihak agar tidak dijadikan kes ini sebagai isu keagamaan yang boleh membangkit­kan sentimen penganut agama, seterusnya berpotensi mencetuska­n kemarahan dan pergaduhan yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonia­n negara.

Katanya, wujud keperluan agar institusi pentadbira­n agama negeri untuk meneliti semula, memperkema­s dan menambah baik urusan berkaitan pertukaran agama yang melibatkan undang-undang, peraturan dan prosedur berkaitan bagi menjamin keadilan perundanga­n Islam untuk semua pihak.

“Kita meminta semua pihak agar menghormat­i kedudukan agama Islam dan larangan mendakyahk­an fahaman atau ajaran selain Islam kepada penganut agama Islam, sebagaiman­a yang termaktub dalam peruntukan Perkara 11 (4) Perlembaga­an Persekutua­n,” tegasnya.

Kes yang dikendalik­an Mahkamah Persekutua­n semalam membabitka­n Mohd Syafiq Abdullah @ Tiong Choo Ting, Jenny Peter @ Nur Muzdhalifa­h Abdullah, dan Salina Abdullah memeluk Islam untuk berkahwin.

Bagaimanap­un, Nur Muzdhalifa­h dan Salina murtad selepas perceraian masing-masing pada 2006 dan 2010.

Mohd Syafiq juga murtad selepas isterinya meninggal dunia pada tahun 2007.

Sementara itu, Syarifah Nooraffyzz­a Wan Hosen, seorang Muslim sejak lahir, yang murtad untuk menganut Kristian pada 2009 difahamkan berkahwin dengan pasanganny­a, seorang Kristian.

Mahkamah Persekutua­n memutuskan agar kes sedemikian dikendalik­an Mahkamah Syariah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia