Utusan Borneo (Sarawak)

Nafi tuduhan dadah, wanita dibicara lanjut 21 Mac

-

MIRI: Mahkamah Majistret memerintah­kan seorang wanita dibebas dengan jaminan RM1,000 berserta dua penjamin tempatan setelah menafikan tuduhan menggunaka­n dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Mahkamah menetapkan 21 Mac depan untuk pengurusan kes.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor yang memohon ditetapkan tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangk­an tertuduh telah mengaku tidak bersalah serta minta dibicara lanjut.

Rosmahwati Mohammad, 31, dari Kampung Pengkalan, Lutong dekat sini didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun serta menjalani pengawasan oleh pegawai sebagaiman­a ditakrifka­n di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine yang terkandung dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.05 petang, 10 Ogos 2017 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia