Utusan Borneo (Sarawak)

Petros bukti kejayaan kurangkan monopoli luar: Dr Sim

Meskipun usaha tuntut peningkata­n royalti minyak belum tercapai, namun kerajaan berjaya dapatkan hak, kuasa

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Sarawak mempunyai kuasa dan hak dalam menentukan hala tuju melalui syarikat minyak dan gas miliknya Petroleum Sarawak Berhad (Petros), sekali gus membuktika­n kejayaan Barisan Nasional (BN) negeri dalam mengurangk­an monopoli orang luar.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, meskipun usaha untuk menuntut peningkata­n royalti minyak belum tercapai, namun sekurang- kurangnya kerajaan BN Sarawak berjaya mendapatka­n hak dan kuasa.

“Kita harus melihat dari sudut yang berbeza. Meskipun tuntutan royalti sepenuhnya belum berjaya, namun kita sudah mempunyai kuasa dalam memberi kelulusan kepada syarikat minyak dan gas yang beroperasi di perairan Sarawak,” ujarnya.

“Sekurang-kurangnya kita turut terlibat dalam membuat keputusan dan tidak membiarkan operasi itu dikuasai pihak luar.

“Namun pihak pembangkan­g sering memutarbel­itkan isu ini dan hanya mahu royalti dinaikkan, tidak melihat dari seluruh aspek dan manfaat lain,” katanya semasa sesi dialog bersama Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Miri (DPICM) dekat sini, semalam.

Dialog berkenaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini.

Hadir sama Menteri Muda Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Lee Kim Shin, Setiausaha Agung SUPP merangkap Ahli Dewan Un- dangan Negeri ( ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting dan Pengerusi DPICM Lee Khoi Yun.

Dr Sim menambah, namun tiada apa yang dapat dilaku- kan pihak pembangkan­g yang memanfaatk­an rundingan itu.

Dalam pada itu, beliau menggesa komuniti Cina di Miri terus bersatu padu agar lebih mudah mereka men- yampaikan permohonan atau cadangan kepada kerajaan demi manfaat mereka.

“Sokongan berterusan kepada BN akan memastikan Miri terus membangun dan stabil,” katanya.

Kita harus melihat dari sudut yang berbeza. Meskipun tuntutan royalti sepenuhnya belum berjaya, namun kita sudah mempunyai kuasa dalam memberi kelulusan kepada syarikat minyak dan gas yang beroperasi di perairan Sarawak. Datuk Dr Sim Kui Hian Presiden SUPP

 ??  ?? TERUS SOKONG: Dr Sim menghadiri dialog bersama ahli Dewan Perniagaan dan Industri Cina Miri semalam.
TERUS SOKONG: Dr Sim menghadiri dialog bersama ahli Dewan Perniagaan dan Industri Cina Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia