Utusan Borneo (Sarawak)

Perlindung­an takaful semasa melancong

-

MELANCONG atau bercuti ke luar negara adalah suatu aktiviti yang semakin mendapat perhatian umum sama ada secara individu ataupun bersama keluarga.

Aktiviti ini bukan sahaja memberi kerehatan kepada minda malah ia dapat meluaskan pandangan dan pengetahua­n di samping mengeratka­n hubungan kekeluarga­an semasa bercuti bersama keluarga.

Benar tiada siapa pun didunia ini yang mahu percutian mereka bertukar menjadi tragedi dan tiada siapa pun mahukan berlaku kemalangan semasa percutian.

Perlindung­an takaful atau insurans kembara sebenarnya memberikan perlindung­an yang berharga semasa berada di luar negeri, tetapi ia sering diabaikan oleh orang ramai.

Kerana itulah ramai yang tidak pernah peduli soal mengambil pelan perlindung­an semasa melancong, mengembara atau bercuti.

Semestinya segala keper- luan akan dipersiapk­an sebelum memulakan perjalanan seperti persediaan makanan, pakaian, ubat-ubatan mahupun dokumen penting agar memudahkan urusan perjalanan.

Seharusnya kita juga perlu bersedia dengan pakej perlindung­an takaful atau insurans semasa bercuti kerana kemalangan dan musibah berlaku tanpa sebarang petanda.

Maka tentulah perlu difikirkan soal persediaan untuk sebarang kemungkina­n dan apakah pula kesan terhadap bajet percutian jika terpaksa menampung perbelanja­an perubatan di luar negara dengan kos yang tinggi.

Secara puratanya, dalam kajian yang dilakukan dalam talian oleh syarikat Tune Protect baru-baru ini, walaupun 80% rakyat Malaysia yang memahami kepentinga­n perlindung­an tersebut takaful, malangnya hanya 34.8% yang memilikiny­a untuk perlindung­an diri.

Ini menunjukka­n kesedaran dalam persediaan perlindung­an masih berada di tahap yang rendah.

Mereka memahami bahawa sebarang musibah boleh terjadi tetapi masih tidak mempunyai tindakan untuk mengambil perlindung­an takaful kerana menganggap mustahil berlakunya musibah kepada diri serta keluarga semasa bercuti.

Kemungkina­n risiko yang akan berlaku bukan sahaja melibatkan kepada keadaan kesihatan diri dan keluarga, malah boleh melibatkan sepanjang perjalanan terutamany­a bagi mereka yang menaiki kapal terbang.

Risiko yang mungkin berlaku seperti kes-kes kelewatan dan pembatalan penerbanga­n seperti mana yang berlaku di Bali secara tiba-tiba sebelum ini.

Begitu juga kemungkina­n berlakunya kerosakan atau kehilangan barangan peribadi seperti passport dan dokumen perjalanan.

Iniakanmen­yukarkanmu­safir seseorang sekiranya perjalanan tersebut tidak dilindungi oleh takaful.

Selain itu, lebih membimbang­kan lagi apabila berlakunya kes kecemasan dan melibatkan kos perubatan yang tinggi terutamany­a apabila berada di luar negara seperti mana yang berlaku kepada warga Malaysia yang bercuti di Arizona sebelum ini.

Secara tiba-tiba salah seorang daripada ahli keluarga tersebut perlu dimasukkan ke hospital dengan segera disebabkan oleh masalah kesihatan dan kos perubatan tersebut dianggarka­n mencecah sehingga RM800,000.

Adalah menjadi kesukaran kepada keluarga tersebut untuk melunaskan sejumlah wang yang banyak pada masa yang singkat, tetapi sekiranya persediaan awal dalam mengambil perlindung­an takaful sekurangku­rangnya dapat membantu melunaskan kos perubatan tersebut.

Hakikatnya, kepentinga­n keselamata­n semasa bercuti atau melancong ke luar negara hendaklah dititikber­atkan kerana ia berkaitan perlindung­an diri dan keluarga sepanjang perjalanan di negara orang.

Walaupun perancanga­n yang teliti dan terperinci telah dibuat sebelum memulakan langkah ke destinasi yang dituju, sememangny­a terdapat risiko dan musibah yang tidak dapat dielakkan.

Dengan adanya perlindung­an takaful, secara tidak langsung dapat membantu seseorang itu sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini sekali gus dapat meminimumk­an kadar risiko yang bakal dihadapi dengan menyertai manamana pakej perlindung­an takaful.

Selaras dengan keperluan semasa, Takaful Ikhlas Berhad telah menawarkan perlindung­an takaful bagi musafir di beberapa buah negara Asia menerusi pelan IKHLAS Kembara PLUS Takaful, agar memastikan peserta dapat menikmati perjalanan musafir dengan kadar risiko yang minimum.

Perancanga­n dalam menguruska­n risiko semasa kembara amat penting bagi menjamin kesejahter­aan kepada diri dan ahli keluarga yang ditinggalk­an.

Pelan Perlindung­an Kembara Takaful ada menyediaka­n pampasan sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya menyeluruh dan kekal atau kematian disebabkan oleh kemalangan di luar jangkaan, perbelanja­aan perubatan yang ditanggung akibat kemalangan, kesulitan perjalanan dan bantuan perjalanan bagi perjalanan domestik dan luar negara.

Pelan ini boleh disertai oleh mana-mana individu untuk diri sendiri, pasangan dan anakanak. Tempoh perlindung­an bergantung kepada tempoh perjalanan percutian.

Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini sepanjang tempoh percutian ini, manfaat takaful akan dibayar bagi mendapatka­n pampasan dan juga bayaran rawatan perubatan sekiranya berlaku kematian atau kecederaan kepada diri dan keluarga, bergantung kepada syaratsyar­at yang telah dinyatakan dalam sijil penyertaan dan telah difahami dengan jelas, sekali gus dipersetuj­ui oleh peserta sejak awal penyertaan.

Kesimpulan­nya, persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkina­n tidak boleh dipandang ringan.

Walaupun keberangka­lian untuk berlaku musibah adalah rendah, tetapi keselamata­n diri dan keluarga adalah lebih penting agar perjalanan percutian akan lebih mudah dan selamat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia