Utusan Borneo (Sarawak)

SFC perlu dibantu tingkat pengurusan taman negara Ketika ini kemudahan tidak tepati piawaian, kurang memuaskan

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan akan melihat semula dasar-dasar sedia ada bagi membolehka­nnya mengurus bersama beberapa taman negara di negeri ini.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ketika ini didapati kemudahan-kemudahan disediakan di taman-taman negara di Sarawak tidak menepati piawaian dan dalam keadaan kurang memuaskan.

Beliau berkata ketika ini pengurusan taman negara di Sarawak bukan di bawah tanggungja­wab kementeria­n, ia di bawah tanggungja­wab Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC).

“Malangnya banyak taman negara di Sarawak yang menjadi tumpuan pelancong tidak dipelihara, dipulihara dan dipromosi dengan baik. Malah kemudahan disediakan di situ juga tidak menepati piawaian.

“Justeru saya rasa kementeria­n harus bersama- sama SFC mengurus, memulihara dan mempromosi­kan tamantaman negara utama seperti Taman Negara Bako, Taman Negara Niah dan Taman Negara Matang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an ucaptama bertajuk Pelan Tindakan Pelanconga­n Sarawak, pada hari kedua Sarawak Dialogue 2018 di sebuah hotel di sini semalam.

Menurut Karim, ketika ini juga pemandu pelancong yang mengiringi pelancong ke taman negara di Sarawak tidak dibenarkan membawa pelancong memasuki taman sebaliknya menggunaka­n renjer taman dilantik SFC.

“Bayangkan masalah yang bakal timbul jika renjer taman tidak pandai berbahasa Cina memandu sekumpulan pelancong dari China sedangkan seorang pemandu pelancong harus berkomunik­asi dengan pelancong sepanjang destinasi mereka,” ujarnya.

Beliau menambah, masalah dihadapi taman-taman negara di Sarawak ketika ini ialah pentadbira­n yang mesti diselesaik­an secara dalaman dan segera.

“Kita tidak boleh menunggu terlalu lama untuk menyelesai­kan masalah dihadapi taman-taman negara di negeri kerana kita sedang mempromosi Sarawak dengan menambah lebih banyak penerbanga­n antarabang­sa ke negeri ini.

“Jika perkara ini terus berlaku, ia akan menjejaska­n imej Sarawak secara keseluruha­nnya di mata dunia,” ujarnya.

Beliau berkata ketika ini kementeria­nnya sedang memantau maklum balas daripada pelancong yang mengunjung­i taman-taman negara di Sarawak bagi membolehka­n penambahba­ikan dilakukan.

Katanya secara amnya kemudahan di taman negara harus diberi fokus ialah penyediaan tandas dan tempat penginapan yang bersih serta selesa.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee dan pengerusi penganjur Persidanga­n Sarawak Dialogue Adrian Jerome.

Malangnya banyak taman negara di Sarawak yang menjadi tumpuan pelancong tidak dipelihara, dipulihara dan dipromosi dengan baik. Malah kemudahan disediakan di situ juga tidak menepati piawaian. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ?? PERLU KERJASAMA: Karim ketika sidang media selepas menyampaik­an ucaptama pada Sarawak Dialogue 2018 di Kuching, semalam.
PERLU KERJASAMA: Karim ketika sidang media selepas menyampaik­an ucaptama pada Sarawak Dialogue 2018 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia