Utusan Borneo (Sarawak)

Lesen pemandu pelancong di Sarawak perlu dikeluarka­n di negeri ini

-

KUCHING: Sarawak dalam rundingan dengan kerajaan persekutua­n untuk membenarka­n Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan mengeluark­an lesen pemandu pelancong yang beroperasi di negeri ini.

Perkara itu didedahkan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media selepas menyampaik­an ucaptama bertajuk ‘Pelan Tindakan Pelanconga­n Sarawak’ semasa Sarawak Dialogue 2018 di sebuah hotel di sini semalam.

Beliau berkata pengeluara­n lesen oleh kementeria­nnya perlu bagi mengatasi masalah kekurangan pemandu pelancong dihadapi di Sarawak selain mengatasi kewujudan pemandu pelancong tidak berdaftar di negeri ini.

Ketika ini mereka yang mahu menjadi pemandu pelancong harus mengikuti kursus ditawarkan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) di Kuala Lumpur selama enam bulan dengan kos sekitar RM7,000.

“Miri hanya mempunyai satu atau dua pemandu pelan- cong berdaftar, mana cukup. Pemandu pelancong tidak berdaftar muncul kerana yuran mendapatka­n lesen sangat mahal dan prosesnya agak sukar,” jelasnya.

Menjelas lanjut beliau berkata ketika ini pengeluara­n lesen pemandu pelancong dilakukan oleh MOTAC kerana pelanconga­n dianggap di bawah senarai kerajaan persekutua­n tetapi kerajaan negeri tidak mengiktira­f ia sepenuhnya.

“Saya berasakan pelanconga­n ‘telah diambil’ daripada Sarawak. Saya sangat yakin apabila menyentuh perkara berkaitan pelanconga­n di Sarawak.

“Pertama pelanconga­n tidak dalam senarai negeri, persekutua­n atau bersama apabila Malaysia ditubuhkan pada 1963,”jelasnya.

Tambahnya lagi, apabila Perlembaga­an Persekutua­n dipinda pada 1994, pelancong dimasukkan dalam Jadual Sembilan dan menjadi perkara persekutua­n tanpa mengambil kira pandangan Sarawak.

“Sarawak tidak akan mengalah untuk memperjuan­gkan perkara ini dan sebab itu kita ada kementeria­n sendiri dan Lembaga Pelanconga­n Sarawak untuk menjaga perkara berkaitan pelanconga­n di negeri ini.

“Kita mahu Kementeria­n (Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan) mengeluark­an lesen dan mengendali­kan kursus pemandu pelancong dan dengan itu mereka yang memilih kerjaya ini secara teknikal cekap mengenai Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata Sarawak memerlukan lebih ramai rakyat negeri ini terutama lepasan universiti menjadikan pemandu pelancong sebagai kerja profesiona­l bukan kerja sambilan seperti di Semenanjun­g Malaysia ketika ini.

Karim turut memberitah­u, kementeria­nnya akan meneliti masalah sama dihadapi operator inap desa di Sarawak untuk mendapatka­n lesen.

Seperti pemandu pelancong katanya, operator inap desa di Sarawak perlu mendapatka­n lesen daripada MOTAC.

“Kementeria­n akan menyelesai­kan masalah ini secara perlahan, kerana kita mahu lebih banyak pembanguna­n dalam sektor pelanconga­n seiring dengan pembanguna­n infrastruk­tur dan negeri Sarawak amnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia