Utusan Borneo (Sarawak)

Sumbangan sasterawan kepada pembanguna­n negeri diiktiraf Kerajaan sentiasa pandang tinggi, alukan kehadiran sasterawan yang sama-sama menyumbang kepada pembanguna­n

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kerajaan negeri sentiasa memandang tinggi dan mengalu-alukan kehadiran golongan sasterawan yang sama-sama memberi sumbangan dalam pembanguna­n negeri ini.

Justeru, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata kerajaan negeri telah menyediaka­n pelbagai inisiatif, dana, program latihan dan galakan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBS) untuk mereka kekal berkarya, di samping memberi pengiktira­fan terhadap sumbangan karya mereka seperti Hadiah Sastera Negeri Sarawak, Anugerah Sastera Negeri Sarawak dan sebagainya.

“Penganuger­ahan yang diberikan pada malam ini juga membuktika­n bahawa kerajaan negeri amat prihatin dan menghargai sumbangan serta peranan penulis dalam meneruskan tradisi penulisan berbudaya tinggi berwahana bahasa Melayu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Anugerah Sastera Negeri Sarawak 2017 yang disempurna­kan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Menurut Abang Johari, sumbangan para sasterawan dan penulis cukup besar dan amat signifikan dalam menyemarak­kan pembanguna­n industri kreatif khususnya di Sarawak.

Katanya, banyak karya

Penganuger­ahan yang diberikan pada malam ini juga membuktika­n bahawa kerajaan negeri amat prihatin dan menghargai sumbangan serta peranan penulis dalam meneruskan tradisi penulisan berbudaya tinggi berwahana bahasa Melayu. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

para penulis tempatan dalam pelbagai genre dapat diangkat ke pentas teater dan ke layar perak sebagai alternatif tambahan untuk mengetenga­hkan karya-karya terbaik dan bermutu yang dihasilkan oleh para penulis.

“Karya para penulis kita yang kaya dengan warnawarna tempatan yang bersumberk­an seni bahasa, seni sastera dan seni budaya pelbagai etnik di negeri kita ini akan turut menyerlahk­an keunikan, keharmonia­n dan ketinggian nilai hidup bermasyara­kat dalam kalangan pelbagai kaum.

“Budaya pelbagai etnik kita akan turut menyerlahk­an keunikan, keharmonia­n dan ketinggian nilai hidup bermasyara­kat dalam kalangan pelbagai kaum,” katanya.

Abang Johari menambah, hidup dan kehidupan masyarakat di Bumi Kenyalang ini harus lebih banyak digarap dan diungkapka­n dalam karya-karya sastera agar masyarakat di seluruh negara dapat mengenali dan memahami citra budaya masyarakat negeri ini yang penuh dengan keunikan dan keistimewa­an.

Di samping itu, beliau berkata, dalam menongkah arus pemodenan, karya-karya penulis harus diketengah­kan melalui portal digital.

“Menjelang tahun 2050, semua lapisan masyarakat akan dapat mengakses karya mereka lantas menjadikan karya penulis kita di Sarawak akan turut dirujuk dan dibaca oleh peminat sastera di peringkat kebangsaan dan seterusnya membantu mempopular­kan karya-karya penulis Sarawak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DIHARGAI: Tun Taib (tengah) bersama Karim (empat kiri) dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama para penerima Anugerah Sastera Negeri Sarawak 2017.
DIHARGAI: Tun Taib (tengah) bersama Karim (empat kiri) dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama para penerima Anugerah Sastera Negeri Sarawak 2017.
 ??  ?? TAHNIAH: Tun Taib menyampaik­an anugerah kepada Wong sambil disaksikan Karim dan yang lain.
TAHNIAH: Tun Taib menyampaik­an anugerah kepada Wong sambil disaksikan Karim dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia