Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang pekerjaan tersebut ditawarkan 67 syarikat dalam pelbagai industri yang menyertai pameran tersebut

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Sebanyak 5,500 kekosongan pekerjaan akan ditawarkan sempena Sarawak Career & Training Fair (SCaT Fair) 2018 yang dijadual pada 9 hingga 11 Mac depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Menurut Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, peluang pekerjaan tersebut adalah ditawarkan oleh 67 syarikat dalam pelbagai industri yang menyertai pameran tersebut.

“Begitu banyak peluang pekerjaan dari peringkat tinggi hingga rendah akan ditawarkan namun ia terpulang kepada belia khususnya para graduan untuk memilih bidang yang dikehendak­i,” katanya pada sidang media SCaT Fair 2018 di BCCK, di sini semalam.

Dalam pada itu, Len yang juga pengerusi bersama SCaT Fair 2018 berkata seramai 1,500 pelajar khususnya dari sekitar bandar raya ini termasuk dari bahagian Samarahan dan Serian akan turut dibawa mengunjung­i pameran.

Katanya, ia sejajar dengan objektif pameran sebagai platform untuk menyediaka­n maklumat mengenai peluang pendidikan dan kerjaya kepada orang ramai, selain bagi meningkatk­an kebolehpas­aran siswazah atau belia.

Selain itu, Len yang juga pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) berkata TEGAS juga akan menganjurk­an STEM Playground, pameran mesra keluarga yang interaktif bagi menggalakk­an minat terutama pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Justeru, beliau berkata STEM Playground kali ini akan diadakan pada skala lebih besar dengan pelbagai aktiviti menarik dijalankan selepas ia julung kali diadakan sempena SCaT Fair 2017 telah menarik lebih 10,000 pengunjung.

STEM Playground 2018 akan membabitka­n penyer-

Begitu banyak peluang pekerjaan dari peringkat tinggi hingga rendah akan ditawarkan namun ia terpulang kepada belia khususnya para graduan untuk memilih bidang yang dikehendak­i. Datu Len Talif Salleh Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar

taan daripada 18 agensi iaitu Jabatan Pendidikan Sarawak, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (#MYdigitalm­aker), Shell Malaysia, Petronas, Makerspace Pustaka Negeri Sarawak, DreamCatch­er, Chumbaka, Swinburne University of Technology Kampus Sarawak, Curtin University Malaysia, UCTS, UNIMAS, UiTM Sarawak, Politeknik Kuching, Petrosar Academy, Codelab, Kumpulan Syarikat IME, Planetariu­m Sultan Iskandar dan Azendian Solutions Sdn Bhd.

Pendaftara­n untuk penyertaan STEM Playground 2018 boleh dibuat melalui stemplaygr­ound.eventbrite. com.

Juga akan diadakan Next Big Chef, pertanding­an memasak yang dianjurkan oleh UCSI University untuk kali kedua sempena SCaT Fair, dengan kerjasama TEGAS bagi mempromosi­kan kemahiran dan seni kulinari serta peluang pekerjaan dalam bidang berkenaan.

Pemenang pada kali ini akan membawa pulang hadiah wang tunai, pingat dan sijil termasuk biasiswa daripada UCSI University bernilai RM22,500.

Sementara itu, Len berkata SCaT Fair 2018 yang dianjurkan bersama oleh Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi dan TEGAS juga mengadakan beberapa siri ceramah bertajuk Kejurutera­an Sebagai Karier, Industri 4.0, Bagaimana Menjadi Doktor Perubatan, Program Peneraju dan Biasiswa YM Raja Azura Raja Mahayuddin serta banyak lagi.

SCaT Fair 2018 yang disertai 153 pempamer terdiri daripada sembilan penyedia bantuan kewangan, 67 daripada industri ( penyedia pekerjaan), 70 daripada institusi (penyedia latihan) dan tujuh daripada agensi kerajaan, dijangka dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada 10 Mac.

 ??  ?? TELITI: Aidel (duduk, tengah) bersama yang lain setelah selesai sidang media semalam.
TELITI: Aidel (duduk, tengah) bersama yang lain setelah selesai sidang media semalam.
 ??  ?? SERTAI KAMI: Len pada sidang media mengenai SCaT Fair 2018 di BCCK, semalam.
SERTAI KAMI: Len pada sidang media mengenai SCaT Fair 2018 di BCCK, semalam.
 ??  ?? AHMAD LAI
AHMAD LAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia