Utusan Borneo (Sarawak)

Empat sekolah usang di Sibuti dinaik taraf, bina semula

-

MIRI: Sejumlah empat sekolah usang dan daif dalam kawasan Parlimen Sibuti masing-masing mendapat peruntukan untuk dinaik taraf dan dibina semula.

Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang berkata, ini termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Kita Niah dan SK Rancangan Sepupok.

“SK Kita Niah dan SK Rancangan Sepupok telah mendapat kelulusan awal kerajaan persekutua­n dan kini dalam projek menaik taraf dan bina semula,” katanya di sini.

Ahmad Lai berkata, ekoran bencana banjir besar sering berlaku di kawasan SK Kita Niah, maka sekolah itu dibina semula di tapak baharu.

“Projek SK Kita Niah menelan belanja RM40 juta dan akan dipindahka­n ke kawasan lebih tinggi berhampira­n Masjid Al-Jabbar Niah,” jelasnya.

Sementara bagi SK Rancangan Sepupok, kerja-kerja menaik taraf giat dilakukan dengan peruntukan keseluruha­n RM30 juta.

Kedua-dua projek itu tegasnya, akan siap dalam tempoh dua tahun, sekali gus memberi manfaat dan keselesaan kepada guru dan pelajar.

“Dua sekolah lagi akan menggunaka­n dana kerajaan negeri terlebih dahulu dan tertakluk di bawah penyeliaan Jabatan Pendidikan Sarawak,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain, projek pembinaan Jambatan Bekenu bernilai 24 juta bakal siap sepenuhnya pada Jun depan.

Setakat ini, projek itu telah siap hampir 95 peratus manakala penyambung­an jalan raya ke kampung-kampung berhampira­n juga sedang giat dilaksanak­an.

Kos pembinaan RM24 juta itu merangkumi pembinaan jambatan sepanjang 70 meter dengan lebar 11.43 meter.

Pelancaran projek pembinaan jambatan itu dirasmikan Allahyarha­m Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia