Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan Sebauh merancakka­n sosioekono­mi tempatan: Julaihi

-

BINTULU: Pembinaan Jambatan Sebauh menyeberan­gi Sungai Kemena bakal merancakka­n lagi pembanguna­n sosioekono­mi setempat khususnya dalam sektor pertanian, ternakan dan sebagainya, kata Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi.

Pembinaan Jambatan Sebauh menjadikan­nya jambatan ketiga yang dibina merentangi Sungai Kemena selain Jambatan Kuala Tatau yang menghubung­kan pusat bandar Bintulu dengan kawasan Kuala Tatau termasuk Serupai, Mukah dan Balingian serta Jambatan Batang Kemena yang menghubung­kan Bintulu dengan Tatau, Sibu serta kawasan berdekatan.

“Jambatan Sebauh ini nanti akan menghubung­kan daerah Sebauh dengan kawasan Hulu Sebauh termasuk kawasan Segan, Jalan Bintulu-Sebauh termasuk pekan Pandan, sekali gus Lebuh Raya PanBorneo dan Jalan Pesisir Pantai Samalaju-Bintulu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam sesi dialog bersama ketua masyarakat tempatan berhubung cadangan pembinaan Jambatan Sebauh anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Sarawak di Pejabat Daerah Sebauh di sini, semalam.

Secara amnya, projek pembinaan jambatan sepanjang 690 meter ini diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg semasa pelancaran projek Skim Bekalan Alternatif Bekalan Elektrik Sarawak (SARES) di Rumah Irai Gasing, Sungai Binyo pada 21 April tahun lalu.

Jelasnya, buat masa sekarang, projek pembinaan jambatan berkenaan dalam peringkat melantik jurutera perunding bagi menjalanka­n kerja-kerja reka bentuk dan kejurutera­an awal.

“Pada masa sama, dialog ini antara lain membentang­kan dua pilihan jajaran jalan yang telah dirancang bagi pembinaan jambatan berkenaan iaitu mencari laluan paling sesuai bagi pembinaan jalan serta jambatan itu nanti,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia