Utusan Borneo (Sarawak)

PAC tinjau isu dihadapi pengusaha ladang sagu

-

MUKAH: Jawatankua­sa Akaun Awam Negeri (PAC) diketuai Pengerusin­ya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo mengadakan lawatan dua hari ke ladang penanaman sagu di Mukah.

Lawatan dua hari itu yang berakhir semalam diadakan selepas PAC menerima laporan Ketua Audit Negara mengenai beberapa isu semasa proses pendengara­n awam pada April tahun lalu.

Aidel ketika ditemui pada sidang media memberitah­u, ini kali pertama pihaknya melawat ke kawasan dimaksudka­n sebagai sebahagian daripada proses audit.

“Tujuan lawatan adalah untuk mengesah dan memeriksa sama ada laporan pihak audit di mana dalam kes ini Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (Pelita) ketika sesi pendengara­n awam, adalah betul dan memuaskan,” katanya kepada Utusan Borneo.

Menurutnya, antara isu yang berbangkit adalah prestasi projek tanaman sagu yang kurang memuaskan, kajian intensif tanaman sagu yang hanya dijalankan selepas program pemulihan gagal dan hasil penyelidik­an yang belum dapat digunakan bagi menambah prestasi penanaman sagu.

“Isu seterusnya adalah pinjaman kerajaan negeri kepada syarikat belum dibayar dan pembelian jengkaut melebihi keperluan pengguna,” jelasnya.

Projek yang bermula pada 1987 itu menurutnya, dianggarka­n bernilai RM264.7 juta dan baki pinjaman sehingga 2018 adalah RM225 juta.

Sementara itu, laporan menyatakan 41 jengkaut yang dibeli ternyata suatu pembaziran kerana tidak sepadan dengan keluasan serta hasil kerja yang dilaksanak­an.

Projek penanaman sagu Mukah itu dilaksanak­an dua syarikat subsidiari Pelita iaitu Pelita Mukah Sebakong Sago Plantation dan Pelita Dalat Sago Plantation.

Ia meliputi keluasan 19.063 hektar tanah di tiga kawasan iaitu Sebakong, Mukah dan Dalat.

Turut hadir pada lawatan dan sidang media tersebut ADUN Opar Datuk Ranum Mina, ADUN Tanjong Batu Chiew Chiu Sing, ADUN Kabong Mohd Chee Kadir, ADUN Batu Lintang See Chee How, ADUN Tellian Yussibnosh Balo dan ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia