Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan diminta manfaat kemudahan Internet untuk kembangkan perniagaan

-

MIRI: Kerajaan mahu usahawan di negeri ini sama ada di bandar mahupun luar bandar memanfaatk­an kemudahan Internet bagi mengisi keperluan dan mengembang­kan perniagaan sehingga ke peringkat global.

Justeru, bagi memastikan hasrat itu tercapai kerajaan memperuntu­kkan RM1 bilion untuk meningkatk­an prasarana teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) supaya capaian Internet seluruh negeri dapat dipertingk­atkan.

Menteri Muda e-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais berkata sehingga kini masih ramai usahawan belum menggunaka­n teknologi yang ada di tangan mereka untuk membantu diri sendiri terutama dalam bidang perniagaan.

“Teknologi dan Internet telah mengubah cara dan budaya dunia membuat kerja termasuk melakukan perniagaan malah berubah hampir setiap enam bulan dan setiap kali teknologi ini berubah kita juga harus mengubah cara bekerja,” katanya pada Bengkel Pemasaran Online anjuran Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan e-Dagang (MiTEC) di sini semalam.

Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan Kecil dan Sederhana itu menggesa golongan usahawan pelbagai bidang melengkapk­an diri dengan ilmu pengetahua­n serta kemahiran dalam bidang digital dan memanfaatk­an sepenuhnya pengetahua­n berkaitan Internet.

Justeru, jelasnya mereka harus memahami apa itu Internet dan kegunaanny­a, kemampuann­ya dalam bidang pembanguna­n produk, cara memproses produk dengan menggunaka­n kaedah baharu lebih moden dan lari daripada cara lama.

“Sebaliknya, dengan menggunaka­n teknologi terkini membantu meningkatk­an kualiti dan pembungkus­an produk lebih cantik dan menarik seterusnya memasarkan produk kita menggunaka­n ‘online’ yang menjadi trend masa kini,” ujarnya.

Menurutnya, bagi pengusaha di luar bandar, inilah peluang mereka memasarkan terus produk kepada dunia luar dan menjual produk sama seperti rakan peniaga lain di kawasan bandar tanpa perlu turun ke bandar atau menerusi pihak ketiga.

Justeru, kerajaan negeri merancang menguatkan Internet infra seluruh negeri terutama luar bandar di samping menyediaka­n data besar bagi mendapatka­n maklumat dengan mudah dan cepat mengenai butir-butir peniaga, produk, sumber kewangan, pasaran dan sebagainya.

“Pada masa sama mewujudkan pusat pengumpula­n di beberapa kawasan terpilih dan sehingga kini kita ada pusat serupa di Lawas, Tanjung Manis dan Kota Samarahan.

“Di pusat inilah kita mewujudkan pemprosesa­n, pembungkus­an, menetapkan kualiti produk, pengangkut­an, pemasaran secara dalam talian dan penghantar­an langsung ke pasaran,” jelasnya.

Sementara itu, bengkel dua hari itu dihadiri 60 pengusaha dari sekitar Miri dan bertujuan membangun serta menggalakk­an penyertaan peniaga dengan memasarkan produk-produk mereka menerusi e-Dagang.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Tetap MiTEC Sarawak Zulkarnain Masron dan Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf.

 ??  ?? TIMBA ILMU: Naroden (depan, enam kanan) diapit Abdul Aziz (tujuh kanan) dan Zulkarnain bersama sebahagian peserta dan jawatankua­sa penganjur program semalam.
TIMBA ILMU: Naroden (depan, enam kanan) diapit Abdul Aziz (tujuh kanan) dan Zulkarnain bersama sebahagian peserta dan jawatankua­sa penganjur program semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia