Utusan Borneo (Sarawak)

Empat persatuan terima pujian kerana khidmat kepada komuniti

-

SIBU: Empat persatuan komuniti tempatan di sini menerima pujian daripada Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh kerana memainkan peranan aktif dalam memberi khidmat kepada komuniti mereka.

Mereka ialah Persatuan Komuniti Bukit Lima, Persatuan Komuniti Jalan Oya Sibu, Persatuan Komuniti Sungei Merah dan Persatuan Komuniti Taman Li Hua.

“Mereka bukan sahaja memainkan peranan dalam mempromosi­kan persahabat­an tetapi juga memainkan peranan sebagai jambatan antara masyarakat dan kerajaan.

“Ini membolehka­n isu-isu berkaitan dengan rakyat dapat dijaga dengan baik,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2018 anjuran bersama empat persatuan tersebut di sini Ahad lalu.

Menteri Kewangan Kedua itu menjelaska­n, ahli- ahli komuniti berada lebih dekat dengan isu- isu rakyat di kawasan mereka dan pendapat mereka juga paling rapat dengan akar umbi.

Justeru, beliau yakin keempat-empat persatuan itu pasti akan mengetenga­hkan suara dan pendapat komuniti mereka kepada kerajaan.

“S e c a r a r e l a t i f n y a , dasar kerajaan adalah berorienta­sikan rakyat dan menjaga kebajikan rakyat.

“Oleh itu, kita memerlukan saluran berkesan menyampaik­an maklumat relevan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, empat kawasan komuniti itu mempunyai potensi besar dibangunka­n berikutan mempunyai populasi penduduk agak ramai.

Berdasarka­n peningkata­n jumlah penduduk, sistem jalan sedia ada tidak mampu memenuhi keperluan penduduk menyebabka­n masalah kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak.

Beliau berkata, di bawah Rancangan Sibu- 1 ( RS1) dilancarka­n oleh Pengerusin­ya Datuk Andrew Wong dan rakannya, Andrew Ting, mereka melantik pakarpakar bagi mencari jalan penyelesai­an kepada masalah di enam kawasan terbabit.

Jelasnya, skim ini berfungsi termasuk pembinaan lorong bawah tanah dan pelebaran jalan raya dianggarka­n memakan kos sejumlah RM133 juta.

“Kita boleh memohon pembiayaan daripada kerajaan persekutua­n atau negeri terutama jika keduaduany­a mewakili kawasan Parlimen Sibu dan Lanang dan memenangi dua kerusi ini,” katanya.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Abang Johari merakam kenangan dengan ahli rombongan Persatuan Persaudara­an Melayu Sri Aman Betong dan turut kelihatan Zulwali (empat kiri).
KUNJUNGAN: Abang Johari merakam kenangan dengan ahli rombongan Persatuan Persaudara­an Melayu Sri Aman Betong dan turut kelihatan Zulwali (empat kiri).
 ??  ?? RASMI: Wong (tengah) dan yang lain memotong kek sambutan Tahun Baharu Cina di Sibu malam Ahad lalu.
RASMI: Wong (tengah) dan yang lain memotong kek sambutan Tahun Baharu Cina di Sibu malam Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia