Utusan Borneo (Sarawak)

Prapelanca­ran Pusat Warisan Bung Bratak 1 April

-

K U C H I N G : M a j l i s prapelanca­ran Pusat Warisan Bung Bratak (BBHC) bakal diadakan pada 1 April nanti dan disempurna­kan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh Gumbek.

Menurut Pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak Datuk Peter Minos, prapelanca­ran berkenaan ekoran daripada penyiapan projek BBHC yang dijangka pada 17 Mac ini, menurut Jabatan Kerja Raya (JKR).

Minos berkata, prapelanca­ran berkenaan menjadi acara bermakna memandangk­an semua wakil daripada 36 kampung di daerah Lundu dan Bau berasal dari Bung Bratak dijemput hadir selain dari kawasan lain.

“BBHC dibiayai sepenuhnya oleh Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan pusat yang menelan kos RM8 juta dan dibina oleh JKR Sarawak melalui kontraktor mereka.

“BBHC akan menjadi pusat pelanconga­n bersejarah dan ia terdiri daripada dua rumah panjang tradisiona­l iaitu satunya mampu memuatkan 100 orang dan satu lagi untuk seminar, dewan persidanga­n, pejabat, muzium mini dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tambah Minos, BBHC juga mempunyai sebuah rumah bulat tradisiona­l Bidayu yang besar dikenali sebagai ‘Baruk’, selain dewan jamuan khas serta ruang penyambut tetamu.

Bagi menjadikan­nya seperti inap desa atau pusat pelanconga­n, BBHC mengalu-alukan kedatangan pelancong dan pelawat dengan mengenakan kadar yang sesuai untuk penginapan, makanan dan minuman.

“Selain itu pelancong atau pelawatsam­aadadomest­ikatau luar negara boleh menikmati pemandanga­n indah di atas Bung Bratak selain udara segar dan pemandanga­n hutan dara, air terjun dan sebagainya,” katanya sambil memberitah­u akan ada sebuah taman buahbuahan dan pusat herba dibangunka­n di BBHC.

Tambah beliau selepas prapelanca­ran Bung Bratak pada 1 Mei, ia akan dihidupkan semula selepas dua tahun pembinaan bangunanny­a yang kemudianny­a akan dibuka kepada orang awam.

Mengulas lanjut mengenai sejarah Bung Bratak, kata Minos keturunan Bung Bratak mempunyai sentimen yang kuat bagi penempatan nenek moyang mereka terdahulu.

“Terletak pada 1,000 kaki di atas Gunung Bratak, Bung Bratak menjadi penempatan besar kepada komuniti Bidayuh Jagoi-Bratak pada 750 tahun dahulu.

“Namun apabila keadaan sudah damai di Sarawak pada 1841 semasa di bawah pentadbira­n James Brooke, peneroka Bung Bratak mulai berpindah,” katanya.

Katanya, ada yang berpindah ke bahagian Bau dan Lundu, sementara ada juga ke daerah Kuching seperti Kampung Bowang, selain daripada kumpulan yang berpindah ke Babang Jagoi, berdekatan Kalimantan Barat, Indonesia berdekatan Kampung Serikin.

 ??  ?? PETER MINOS
PETER MINOS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia