Utusan Borneo (Sarawak)

Isu pembalakan, hasil bumi dilapor kepada SPRM diambil tindakan segera

-

KUCHING: Isu pembalakan dan mana-mana hasil bumi yang diterima laporannya daripada kerajaan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Cawangan Sarawak akan diambil tindakan segera.

Demikian kata Pengarah SPRM Sarawak Ketua Penolong Kanan Pesuruhjay­a SPRM Razim Mohd Nor yang baharu sahaja memulakan tugas beliau di sini, semalam.

“Fokus utama pihak SPRM sepanjang tahun ini adalah sebagai tahun pencegahan dengan mencegah rasuah dalam kalangan orang ramai.

“Tumpuan juga kita berikan kepada peningkata­n modal insan dan mendedahka­n anggota SPRM Sarawak akan pendedahan terbaharu agar dapat bergerak seiring dengan anggota SPRM yang berada di Semenanjun­g Malaysia.

“Kita tidak mahu pegawaipeg­awai kita ketinggala­n dan jika ada kes berkaitan balak dan kita diberikan sebarang maklumat, kita sama sekali tidak akan teragakaga­k bertindak dengan menubuhkan ‘task force’ bagi menyiasat,” katanya ketika ditemui selepas selesai Majlis Pelancaran Sahabat Cilik SPRM dan Maskot SPRM di Sekolah Kebangsaan (SK) Green Road semalam.

Katanya, pihaknya juga mempunyai kerahan anggota SPRM Sarawak seramai 150 orang di Sibu, Bintulu, Limbang dan Miri selain di sini.

Di seluruh negara melalui penubuhan Sahabat GERAH SPRM yang telah dilancarka­n pada 1 Ogos 2017 terbuka kepada semua warganegar­a Malaysia berumur 18 tahun ke atas kini sudah mencecah 150,000 ahli di seluruh negara.

Bagaimanap­un, pihaknya masih mahu ramai lagi yang menyahut seruan untuk mendaftar sebagai Sahabat Gerah SPRM.

Tegasnya, ramai yang tidak mengetahui bahawa ganjaran berbentuk wang akan diberikan sama banyaknya dengan jumlah nilai kes yang dilaporkan kepada pihaknya.

Secara tidak langsung pihak SPRM menggesa masyarakat menjadikan rasuah sebagai musuh nombor satu negara dan menghidupk­an semangat 3J iaitu ‘Jangan Hulur, Jangan Kawtim dan Jangan Settle’.

Kempen 3J t urut dilaksanak­an menerusi pelbagai program berskala besar dalam usaha mengajak m a s y a r a k a t b e r s a m a dalam perjuangan SPRM membantera­s rasuah yang diberikan penekanan kepada golongan penguatkua­saan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk penjawat awam.

Tema ‘ Anda Hulur, Kami Lapor’ adalah sebagai memberi peringatan kepada penjawat awam supaya tidak menerima rasuah dan menyalah guna kuasa kerana tidak ada kompromi dengan sebarang perbuatan itu di negara ini.

Pada masa sama, SPRM Sarawak menyatakan hasrat untuk melakukan lebih banyak aktiviti kemasyarak­atan dalam meneruskan momentum sokongan daripada kalangan masyarakat melalui Sahabat Cilik SPRM.

Bukan sahaja untuk menjadi golongan pelapis dalam memupuk negara bebas rasuah tetapi murid yang telah mendaftar akan mendapat kad keahlian untuk melayakkan mereka mendapatka­n diskaun untuk membeli buku atau peralatan sekolah di pusat pembelian terpilih.

MaskotKomi­sionerDZte­lah dihasilkan dengan kerjasama pihak Animonsta Studio bagi menggalakk­an kanakkanak dari usia muda menjadi Sahabat Cilik SPRM.

Turut hadir Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Omar Mahli mewakili pengarah pendidikan negeri Sarawak dan Guru Besar SK Green Road Abang Sapali Abang Sepawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia