Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan khas perlu bagi sekolah terjejas banjir

Ia bagi membolehka­n kerja membaiki infrastruk­tur, kerosakan dilakukan segera

- Oleh Reno Benjamin

Setiap tahun semasa musim hujan, beberapa sekolah di seluruh negara akan terjejas teruk akibat banjir dan keadaan sama turut melibatkan beberapa sekolah di Sarawak.

SIBU: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyeru kerajaan menyediaka­n peruntukan khas setiap tahun bagi membantu sekolah yang terjejas akibat banjir.

Presidenny­a Ahmad Malie berkata, peruntukan itu berdasarka­n jumlah sekolah yang terjejas setiap tahun bagi membolehka­n kerja- kerja membaiki infrastruk­tur dan kerosakan dilakukan dengan segera.

KGBS katanya, juga men- cadangkan sekolah-sekolah yang terjejas khususnya yang usang dipindahka­n ke kawasan lebih tinggi dan bangunan baharu dibina sebagai penyelesai­an jangka panjang.

“Setiap tahun semasa musim hujan, beberapa sekolah di seluruh negara akan terjejas teruk akibat banjir dan keadaan sama turut melibatkan beberapa sekolah di Sarawak.

“KGBS memahami senario yang dihadapi sekolah-sekolah yang terjejas ini, di mana bangunan dan infrastruk­tur sekolah rosak,” katanya.

“Kita juga memahami beban yang ditanggung kerajaan untuk menjalanka­n kerja-kerja baik pulih yang melibatkan kos besar serta jumlah sekolah yang banyak.

“Dalam hal ini, KGBS mencadangk­an supaya kerajaan melalui Kementeria­n Pendidikan Malaysia menyediaka­n peruntukan khas setiap tahun untuk membantu sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir,” tambahnya ketika dihubungi baru-baru ini.

“Melalui pendekatan ini, KGBS menjangka dan berharap kerja- kerja memperbaik­i infrastruk­tur dan kemudahan sekolah yang rosak akibat banjir dapat dilakukan dengan cepat,” ujarnya.

A h m a d p e r c a y a penyelesai­an jangka panjang lebih bermakna kerana ia akan menjadi lebih kos efektif, selain memastikan proses pengajaran dan pembelajar­an tidak terganggu.

Sebelum ini katanya, bukan sahaja bangunan sekolah dan infrastruk­tur menjadi masalah, malah kehadiran dan proses pembelajar­an anakanak juga terjejas.

“KGBS bersimpati dengan komuniti sekolah yang terjejas akibat banjir, dengan harapan mereka akan bersabar dan meneruskan proses pengajaran dan pembelajar­an.

“S e h u b u n g a n i t u , KGBS berharap KPM akan mengambil tindakan segera untuk membaik pulih bangunan sekolah dan infrastruk­tur untuk memastikan pendidikan anakanak sekolah tidak terjejas,” jelasnya.

Ahmad Malie Presiden KGBS

 ??  ?? AHMAD MALIE
AHMAD MALIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia