Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 50 menghadiri AGM sulung PPGMS di Miri

-

SIBU: Persatuan Pekerja Minyak dan Gas Sarawak ( PPMGS) baru- baru ini mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ( AGM) yang pertama di sebuah hotel di Miri.

Dianggarka­n lebih 50 ahli serta penyedia perkhidmat­an latihan dan rangkaian agensi pengambila­n hadir pada mesyuarat tersebut.

Presiden PPMGS Jamal Abdullah dalam ucapannya berkata, PPMGS kini memberi tumpuan kepada keistimewa­an dan faedah eksklusif sebagai ahli persatuan.

Katanya, beberapa isu telah dikenal pasti dan akan diselesaik­an, termasuk batasan atau kekangan dalam peluang pekerjaan tempatan, ketidakser­agaman upah untuk pelbagai bidang yang masih berleluasa serta mengelakka­n pihak tertentu bertindak sesuka hati menahan sijil latihan yang telah dibayar pekerja.

“Isu-isu ini akan cuba kita selesaikan dalam kadar segera yang mungkin bergantung kepada rancangan PPMGS yang telah dipersetuj­ui.

“Rancangan ini termasuk mempromosi­kan PPMGS di seluruh negeri dengan mengadakan jerayawara dan mengadakan seminar bagi menggalakk­an penyertaan, dalam masa yang sama meningkatk­an kesedaran ahli tentang hak pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Jamal, PPMGS juga akan mengumpul segala dokumen termasuk kontrak pekerjaan ahlinya untuk dijadikan sebagai data peluang pekerjaan dan program pembanguna­n kerjaya ahli.

Pihak persatuan ujar beliau, turut menyediaka­n khidmat undang- undang dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan bagi menyiasat perjanjian pekerjaan para ahli untuk mengelakka­n pelanggara­n kontrak pekerjaan.

Jamal memberitah­u, ahli PPMGS semakin bertambah sejak penubuhann­ya penghujung tahun lalu.

“Sehingga 24 Februari, 160 pekerja telah mendaftar sebagai ahli berbanding hanya 12 pada awal penubuhann­ya,” ujar beliau.

Justeru beliau berharap bilangan tersebut akan bertambah sehingga 1,000 menjelang akhir tahun ini dan 10,000 menjelang 2020.

 ??  ?? SUMBANGAN: Tiang (tengah) dan ahli-ahli Kuil Sri Maha Kaaliamman di Sibu Benevolent Society Nursing Home menyampaik­an sumbangan tersebut.
SUMBANGAN: Tiang (tengah) dan ahli-ahli Kuil Sri Maha Kaaliamman di Sibu Benevolent Society Nursing Home menyampaik­an sumbangan tersebut.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Jamal (duduk, empat kiri) merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa PPMGS.
UNTUK ALBUM: Jamal (duduk, empat kiri) merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa PPMGS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia