Utusan Borneo (Sarawak)

Rayuan untuk kurangkan hukuman penjara didengar pada 23 April ini

-

KUALA LUMPUR: Seorang bapa yang dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan kerana melakukan 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun menfailkan rayuan bagi mengurangk­an hukuman penjara itu.

Rayuan lelaki berusia 37 tahun yang sebelum ini bekerja sebagai ejen unit amanah itu akan didengar pada 23 April ini di Mahkamah Tinggi Jenayah di sini.

Penolong Kanan Pendaftar Nur Ain Mustapa menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes tersebut di hadapannya semalam dengan dihadiri lelaki itu yang merupakan perayu manakala pendakwaan selaku responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin.

Aimi Syazwani memberitah­u pemberita mahkamah memerintah­kan perayu melantik peguam untuk mewakiliny­a dan memintanya memohon bantuan pihak penjara bagi melantik peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

“Mahkamah memberitah­u perayu sekiranya dia gagal melantik peguam pada tarikh perbicaraa­n rayuan, dia perlu mewakili kesnya sendiri,” kata Aimi Syazwani sambil menambah lelaki itu menfailkan rayuannya pada Oktober tahun lepas, iaitu sebulan selepas dijatuhkan hukuman.

Lelaki itu yang memakai baju penjara berwarna merah yang kelihatan sedikit kurus, memasuki bilik mahkamah pada jam 9.30 pagi.

Kesnya mendapat perhatian ramai kerana ini pertama kali seorang tertuduh menghadapi pertuduhan jenayah seksual yang sangat banyak.

Pada 8 September tahun lepas, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap KanakKanak di Putrajaya menjatuhka­n hukuman penjara terhadap lelaki tersebut selepas dia mengaku bersalah atas 591 pertuduhan meliwat, 30 pertuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara menyentuh, satu pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan penganiaya­an seks terhadap mangsa yang juga anak perempuan sulungnya.

Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhka­n hukuman penjara 28 tahun bagi kesalahan merogol manakala untuk penganiaya­an seks, bapa tiga anak itu dihukum penjara 20 tahun.

Dia juga dihukum penjara 20 tahun bagi setiap pertuduhan melakukan seksual fizikal dan ketiga-tiga hukuman itu diperintah­kan berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 26 Julai lepas.

Oleh itu bagi ketiga-tiga hukuman tersebut, lelaki berkenaan perlu menjalani hukuman penjara selama 28 tahun.

Bagi 591 kesalahan liwat, mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara 20 tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintah­kan hukuman itu berjalan serentak selepas dia tamat menjalani hukuman penjara 28 tahun itu.

Yong Zarida juga menjatuhka­n hukuman sebatan sebanyak 24 sebatan terhadap lelaki itu bagi kesalahan meliwat, melakukan seksual fizikal dan merogol.

Mahkamah turut memerintah­kan lelaki itu menjalani kaunseling pemulihan selama 10 tahun dan menjalani penga- wasan polis selama tiga tahun setelah selesai menjalani hukuman penjara serta diarahkan membayar wang pampasan kepada mangsa berjumlah RM10,000, dan boleh dipenjara selama 12 bulan jika gagal menjelaska­n denda itu.

Dia juga diperintah­kan untuk menyempurn­akan bon berkelakua­n baik untuk tempoh lima tahun dengan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta diperintah­kan untuk melakukan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan.

Mengikut fakta kes, pada 25 Julai 2017 pada jam 5.30 petang, mangsa telah pergi ke rumah ibu kandungnya yang merupakan pengadu dalam kes ini dalam keadaan kemurungan.

Mangsa tinggal dengan bapanya di rumah sewa bapanya setelah ibu bapanya bercerai pada awal Januari tahun lepas sehingga laporan polis dibuat oleh pengadu pada 25 Julai tahun lepas selepas mangsa menceritak­an kepada pengadu apa yang berlaku.

Sebelum itu mangsa bimbang akan dimarahi dan dipukul bagaimanap­un mendapat kekuatan apabila bapanya menyatakan hasrat untuk mengambil adiknya tinggal bersama mereka dan dia bimbang perkara sama berlaku kepada adik-adiknya. — Bernama

Mahkamah memberitah­u perayu sekiranya dia gagal melantik peguam pada tarikh perbicaraa­n rayuan, dia perlu mewakili kesnya sendiri. Aimi Syazwani Sarmin Timbalan Pendakwa Raya

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAH: Chow (depan tengah) didenda RM15,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba memberi rasuah kepada pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu pada Jun tahun lalu.
— Gambar Bernama BERSALAH: Chow (depan tengah) didenda RM15,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba memberi rasuah kepada pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu pada Jun tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia