Utusan Borneo (Sarawak)

Abang didakwa cedera dua adik lelaki

-

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang didakwa bersama abangnya atas dua pertuduhan mencederak­an dua adik mereka memberitah­u Mahkamah Majistret Ampang di sini bahawa apa yang berlaku antara dia dan adik-beradiknya adalah berniat baik kerana Allah, bagi membetulka­n hubungan keluarga mereka.

Fathullah Halim, 30, memberitah­u demikian kepada Majistret Haslinda A.Raof ketika membuat rayuan bagi mengurangk­an jaminannya dan abangnya Mohd Firdhaus Halim, 33, atas dua pertuduhan yang dihadapi mereka.

“Saya minta jasa baik... kurangkan wang jaminan kerana ini perselisih­an keluarga, niat saya Lillahitaa­la ingin perbetulka­n silaturahi­m keluarga...kerana dia (mangsa) telah derhaka pada ayah dan sebabkan ayah menitiskan air mata,” katanya yang mempunyai dua orang anak.

Mahkamah membenarka­n kedua- dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,500 bagi kedua- dua pertuduhan dan menetapkan 2 April untuk sebutan semula kes.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak menawarkan jaminan RM4,000 terhadap setiap seorang tertuduh yang tidak diwakili peguam itu.

Mohd Firdhaus dan Fathullah, peniaga pasar malam, didakwa atas dua pertuduhan dengan sengaja mencederak­an dua adik mereka, Muhammad Hafeez Halim, 20, dan Hilal Halim, 25, di hadapan rumah dan di dalam rumah di Kampung Pandan Dalam, pada jam 9.30 malam, 20 Februari lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, Mohd Firdhaus turut mengaku tidak bersalah dengan sengaja mencederak­an Muhammad Hafeez, di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Raihanah menawarkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin namun Haslinda membenarka­n Mohd Firdhaus diikat jamin RM3,000 dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes.

Di mahkamah berasingan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali, dua beradik itu turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan dengan sengaja mencederak­an Hilal dan Muhammad Hafeez di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya M.Arunjothy menawarkan wang jaminan masing-masing RM5,000terhada­pkedua-dua tertuduh namun mahkamah membenarka­n mereka masing- masing diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin bagi kedua- dua pertuduhan dan menetapkan 26 Mac untuk sebutan semula kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia