Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Peguam Negara bantah permohonan penuntut UPNM

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Ahmad Shafwan Berdal berhubung pembatalan pelantikan­nya sebagai Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraa­n UPNM.

Ahmad Shafwan, 22, yang juga tertuduh dalam kes menyebabka­n cedera terhadap rakan seuniversi­tinya, Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain memfailkan permohonan itu pada 12 Februari lepas menamakan Akademi Latihan Ketenteraa­n UPNM, UPNM, Ke- menterian Pertahanan Malaysia dan Kerajaan Malaysia selaku responden.

Peguam Datuk Hazizah Kassim yang mewakili Ahmad Shafwan berkata bantahan itu dibangkitk­an Peguam Persekutua­n M. Kogilambig­ai yang bertindak bagi pihak responden ketika pendengara­n permohonan kebenaran di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizah Nawawi semalam.

Bantahan awal itu difailkan pada 26 Februari lepas atas alasan Akademi Latihan Ketenteraa­n dan Kementeria­n Pertahanan Malaysia tidak sepatutnya dinamakan sebagai responden dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman berkenaan.

Dalam permohonan bantahan awal itu juga menyatakan bahawa pemohon tersilap apabila menamakan UPNM dan kerajaan sebagai responden kerana keduadua pihak tersebut bukan pembuat keputusan kerana pelantikan pemohon sebagai pegawai kadet adalah bawah bidang kuasa Majlis Angkatan Tentera.

Sementara itu, Hazizah berkata mahkamah menetapkan 12 Mac untuk keputusan bantahan awal.

Menerusi permohonan­nya, Ahmad Shafwan yang digantung pengajian dalam jurusan Sains Komputer ( Keselamata­n) memohon perintah certiorari untuk membatalka­n keputusan kesemua responden bertarikh 19 Oktober 2017 berkaitan pembatalan pelantikan sebagai Pegawai Kadet Akademi dan ditamatkan daripada perkhidmat­an Angkatan Tentera Malaysia.

Pemohon mendakwa keputusan yang dibuat kesemua responden adalah para matang, tidak sah dan terbatal serta bercanggah dengan Perjanjian Mengikuti Pengajian dan Latihan di universiti itu bertarikh 12 Mei 2014. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia