Utusan Borneo (Sarawak)

Hasutan: Hukuman penjara lapan bulan terhadap Fakhrulraz­i kekal

-

K U A L A L U M P U R : Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalka­n hukuman penjara lapan bulan terhadap bekas Bendahari Dewan Pemuda PAS Mohd Fakhrulraz­i Mohd Mokhtar kerana menyebut kata- kata menghasut berhubung tuntutan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu siri protes jalanan, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Fakhrulraz­i terhadap sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos 2016.

Mahkamah juga menolak rayuan silang pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas Mohd Fakhrulraz­i yang kini merupakan Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN).

Hakim Azman berkata keputusan Hakim Mahkamah Sesyen itu adalah selamat untuk dikekalkan dan hukuman tersebut adalah memadai serta tidak terlampau berat dan tidak terlampau ringan.

“Sehubungan itu rayuan atas sabitan dan hukuman ditolak,” katanya yang turut membenar- kan permohonan peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Mohd Fakhrulraz­i untuk menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman sementara rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah juga mengekalka­n jumlah jaminan RM5,000 terhadap Mohd Fakhrulraz­i.

Mahkamah Sesyen di sini menjatuhka­n hukuman penjara lapan bulan terhadap Mohd Fakhrulraz­i selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menyebut kata-kata menghasut di hadapan Kompleks Sogo, No. 190, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, pada 4.30 petang, 21 Februari 2015.

Hakim Mahkamah Sesyen Shamsudin Abdullah dalam penghakima­nnya berkata mahkamah menjatuhka­n hukuman itu kerana perkataan hasutan yang digunakan tertuduh mendatangk­an kebencian dan ketidakset­iaan terhadap pentadbira­n negara.

Hukuman adalah untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan mereka yang cenderung melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang dan mengambil kira kepentinga­n awam agar keselamata­n tidak tergugat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia