Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti perniagaan China bantu bina Malaysia jadi negara berpendapa­tan tinggi, berkemahir­an tinggi, kata PM

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan terus mengalu-alukan pelaburan China, menyifatka­n komuniti perniagaan China sebagai antara rakan kongsi dalam membina Malaysia sebagai sebuah negara berpendapa­tan tinggi dan berkemahir­an tinggi pada masa depan.

Perdana menteri berkata, beliau tidak perlu meminta maaf bagi menyatakan perkara itu.

“Adalah kurang bijak dan tidak elok bagi rakyat Malaysia sekiranya kami menolak salam persahabat­an yang dihulurkan — salam persahabat­an yang Malaysia, di bawah pimpinan ayahanda saya Tun Razak, pertama kali tawarkan kepada China pada 1974, mencipta sejarah sebagai negara anggota ASEAN yang pertama menjalin hubungan diplomatik dengan China,” katanya.

Berucap pada majlis makan tengah hari Kerjasama Dua Hala Malaysia-China sempena Tahun Baharu Cina di sini, semalam, beliau berkata: “Kami akan terus mengalualu­kan anda, saya ingin beri jaminan kepada anda bahawa pelaburan anda di sini akan dilindungi dengan baik di bawah sistem undang-undang Malaysia dan kerajaan.”

Kerajaan bertindak betul pada waktu itu dan juga merupakan langkah betul untuk menyambut baik pelaburan China pada masa ini, katanya pada majlis anjuran Majlis Perniagaan MalaysiaCh­ina (MCBC), yang beliau merupakan penaungnya.

Najib memberikan contoh kira-kira 4,000 kerja baharu diwujudkan oleh Alliance Steel di Taman Perindustr­ian Malaysia- China Kuantan, dengan diumumkan sebelum ini bahawa 70 peratus daripadany­a diperuntuk­kan kepada rakyat Malaysia.

Turut hadir Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Duta Besar China di Malaysia Bai Tian dan Pengerusi MCBC Tan Sri Ong Ka Ting.

“Jadi biar kita betul-betul jelas bahawa kerajaan ini amat mengalu-alukan kerjasama ini dan kekukuhan ikatan persahabat­an ini. Kami menghargai­nya. Kerana kami tahu ia adalah baik untuk firma- firma dan pelaburpel­abur China dan ia baik untuk rakyat Malaysia,” kata perdana menteri.

Ini, katanya selaras dengan sejarah Malaysia sebagai bangsa pelaut dan negara pedagangan, terbuka kepada dunia dan berpegang teguh kepada kepercayaa­nnya bahawa ia mahu membina hubungan dan bukannya menutup pintu kepada sahabatnya, yang bakal membawa kemakmuran kepada semua.

Menyatakan betapa gembiranya beliau melihat sejumlah besar usahawan China hadir pada majlis jamuan tengah hari itu, Najib berkata: “Kami ingin mengucapka­n terima kasih atas pelaburan berterusan dan aktif anda di Malaysia sejak sekian lama.”

Perdana menteri berkata, contoh keberhasil­an kerjasama dan peningkata­n hubungan antara rakyat dengan rakyat dapat dilihat dalam bidang seperti pendidikan dan pelanconga­n, dengan 1.89 juta pelancong China melawat Malaysia dari Januari hingga Oktober tahun lepas.

“Begitu juga, China ialah destinasi popular bukan sahaja kepada Cina Malaysia tetapi juga Melayu, berikutan terdapat banyak kemudahan mesra Muslim telah diwujudkan,” katanya lantas menambah Malaysia akan menjana banyak peluang daripada Inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan China yang berpotensi menjadi platform terbesar kerjasama ekonomi dunia.

Najib memberitah­u hadirin bahawa amat menyedihka­n apabila seorang bekas pemimpin Malaysia mahu menjejaska­n hubungan itu.

“Setiap kali pelabur China masuk, beliau akan menuduh kerajaan ini menjual kedaulatan Malaysia kepada China. Atas asas itu, adakah kita menjual kedaulatan kita kepada Jepun semasa beliau berkuasa?

“Apa yang berlaku adalah kita masih mempunyai lebih banyak pelaburan dari Jepun daripada China dan Hong Kong untuk jangka panjang. Tetapi apa yang saya boleh katakan, kita masih sebuah negara berdaulat,” kata perdana menteri.

Malah katanya, pelaburan Malaysia di China pernah lebih besar daripada pelaburan China di Malaysia tetapi ia tidak bermakna yang Malaysia membeli kedaulatan China.

“Sudah tentu tidak. Ini jelas tidak tahu tentang ekonomi sesiapa yang menyatakan ini sebenarnya tidak mempunyai pengetahua­n bagaimana cara ekonomi bekerja. Ia bertujuan untuk menakut- nakutkan bagi faedah kepentinga­n politik,” kata Najib.

Najib menegaskan Malaysia mengalu-alukan pelaburan sama ada dari China, Jepun, India, Arab Saudi atau manamana daripada banyak negara yang mempunyai hubungan baik dengannya.

Beliau menyenarai­kan syarikat dari China, Jepun, Amerika Syarikat dan Perancis yang telah menjalin hubungan atau telah memindahka­n pejabat serantau mereka ke Kuala Lumpur.

Najib memberitah­u hadirin tentang MoU kerjasama yang ditandatan­gani dengan SK Group, sebuah syarikat Fortune 100 dan konglomera­t kedua terbesar dalam penguasaan pasaran di Korea Selatan dan pengumuman oleh sebuah firma Switzerlan­d yang bakal melabur RM12 bilion untuk kilang baharu di Pahang.

“Apa yang penting ialah kita negara mesra pelaburan dan kerajaan mesra perniagaan dan ini memberikan manfaat sebenar dan faedah nyata bagi Malaysia.

“Ini merupakan satu daripada sebab kenapa pada 2009 kita mampu menyediaka­n 2.26 juta kerja baharu, inflasi dan kadar penganggur­an rendah dan mencatat pertumbuha­n ekonomi sihat bertahun-tahun,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaik­an ucapan pada Majlis Makan Tengah Hari Kerjasama Hubungan Dua Hala Malaysia-China sempena Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaik­an ucapan pada Majlis Makan Tengah Hari Kerjasama Hubungan Dua Hala Malaysia-China sempena Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia