Utusan Borneo (Sarawak)

CCCC peruntuk RM10 juta untuk pelan pengurusan hidupan liar ECRL

-

PUTRAJAYA: China Communicat­ions Constructi­on Ltd ( CCCC), kontraktor utama bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 688 kilometer, telah memperuntu­kkan RM10 juta bagi pelaksanaa­n Pelan Pengurusan Hidupan Liar dalam kerja- kerja pemulihara­an hidupan liar dan mitigasi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, melalui pelan itu ia antara lain akan meminimumk­an dan mengawasi impak ke atas hidupan liar dan habitat mereka di sepanjang jajaran ECRL yang menghubung­kan Pelabuhan Klang di Selangor dan Pengkalan Kubor di Kelantan.

Beliau berkata, Memorandum Perjanjian (MoA) di antara CCCC dan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang melibatkan inisiatif mesra alam, yang ditandatan­gani semalam adalah bagi memastikan pembinaan ECRL akan meneruskan usaha melindungi alam sekitar secukupnya.

Wan Junaidi juga berkata kementeria­nnya terus bekerjasam­a rapat dengan pasukan projek ECRL dalam tempoh 12 bulan yang lalu bagi menambah baik penjajaran dan reka bentuknya.

“Reka bentuk asal melibatkan kehilangan besar hutan simpan namun pengubahsu­aian dan diterajui pakar alam sekitar kementeria­n bersama Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah mengurangk­an kehilangan sedemikian sehingga 90 peratus.

“Hasil penguranga­n dalam kehilangan kawasan hutan simpan, banyak habitat yang penting telah dapat diselamatk­an,” katanya dalam ucapan pada majlis menandatan­gani MoA itu.

MoA itu ditandatan­gani di antara Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Pengarah Urusan Eksekutif China Communicat­ions Constructi­on ECRL Sdn Bhd Bai Yinzhan.

Wan Junaidi berkata antara langkah yang diambil projek ECRL adalah mengutamak­an alam sekitar termasuk penyediaan 45 terowong dengan panjang keseluruha­n kira-kira 49 kilometer (km) di sepanjang jajarannya, dengan satu daripada terowong terbabit melibatkan pembinaan terowong 17km dari Gombak ke Bentong, yang akan menjadi terowong rel terpanjang di Malaysia.

Sementara itu, Yinzhan berkata CCCC komited untuk memastikan ECRL memberi impak minimum terhadap persekitar­an semula jadi.

“Kami percaya dengan pengalaman luas dan pengetahua­n yang lebih maju, kami berupaya membangunk­an projek kami tanpa meletakkan hidupan liar dan habitat semula jadi dalam risiko,” katanya sambil menambah, CCCC akan membina jalan bawah bagi hidupan liar di 29 lokasi strategik bagi membolehka­n hidupan liar bergerak bebas walaupun semasa kereta api bergerak di laluannya.

Projek kereta api ECRL itu akan mengurangk­an masa perjalanan di antara timur dan barat semenanjun­g kepada empat jam berbanding 12 jam pada masa ini. Laluan itu dijangka siap menjelang Jun 2022 dan beroperasi pertengaha­n 2024.

Mengulas kenyataan syarikat pemilik projek ECRL berkenaan, MRL, bahawa setakat ini hanya Kerajaan Negeri Selangor yang masih belum memberi kelulusan tanah untuk pelaksanaa­n projek itu, Wan Junaidi berkata projek itu tidak wajar dibantah kerana ia memberi manfaat besar kepada rakyat termasuk memudahkan pergerakan dan membangunk­an pertumbuha­n bandar-bandar di Pantai Timur.

“Projek ini bukan soal politik tetapi untuk kebaikan masyarakat dan negara. Jutaan orang boleh berulang alik dengan mudah terutama pada musim perayaan dengan menggunaka­n perkhidmat­an rel,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? Perjanjian: Wan Junaidi (tengah) menyaksika­n pertukaran MoA yang ditandatan­gani di antara Abdul Kadir (tiga kiri) dan Bai Tian bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama Perjanjian: Wan Junaidi (tengah) menyaksika­n pertukaran MoA yang ditandatan­gani di antara Abdul Kadir (tiga kiri) dan Bai Tian bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia