Utusan Borneo (Sarawak)

Laporan rumusan TN50 akan dibentang malam ini

-

KUALA LUMPUR: Laporan rumusan Transforma­si Nasional 2050 (TN50) akan diserah dan dibentangk­an kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang diberi tanggungja­wab penting dalam memulakan agenda nasional itu berkata beliau sudah memberi taklimat ringkas mengenai rumusan TN50 kepada Najib.

“Saya sudah tunjuk laporan kepada perdana menteri, laporan agak tebal jadi saya sudah bagi rumusan sedikit sebanyak kepada beliau berk- enaan laporan itu.

“Laporan akan diserahkan esok (hari ini). Ia tidak akan dicetak dan tiada laporan fizikal. Aspek agenda utama hanya akan diumumkan malam esok (malam ini),” katanya kepada media selepas Majlis Amanat 2018 bersama atlet kebangsaan semalam.

Laporan aspirasi kolektif golongan muda Malaysia itu akan diserahkan kepada Najib pada Majlis Penyerahan Kanvas TN50 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MiTEC).

Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) telah mengan- jurkan lebih 135 sesi dialog dengan pelbagai sektor belia bertujuan menyelami serta mendengar konsep Malaysia 2050 idaman mereka.

Laporan itu memuatkan 60,000 aspirasi unik yang diperoleh menerusi usaha mendekati golongan belia merangkumi dialog, bengkel serta saluran dalam talian termasuk laman web rasmi dan media sosial.

TN50 yang diilhamkan oleh Najib ketika membentang­kan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 adalah dasar futuristik untuk mencorakka­n hala tuju negara dalam tempoh 30 tahun selepas 2020. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia