Utusan Borneo (Sarawak)

Skim insuran penggiat seni hiburan akan diperkenal­kan

-

KUALA LUMPUR: Skim perlindung­an insurans bagi penggiat industri hiburan akan diperkenal­kan dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

Beliau berkata skim yang dikemukaka­n Persatuan Seniman Malaysia ( Seniman) kepada Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia ( KKMM) baru- baru ini, sedang dalam proses penelitian.

“Seniman sudah hantar kertas cadangan dan kementeria­n akan kaji perkara tersebut sama ada akan diberi dalam bentuk berkelompo­k atau pampasan (individu).

“Kita tahu penggiat seni tidak ada pekerjaan tetap dan bergantung kepada nyanyian (dan lakonan).

Kita patut bantu golongan ini yang merupakan ikon masyarakat,” katanya selepas melawat penyanyi Saleem di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini semalam.

Saleem, 56, atau nama sebenarnya A M Salim Abdul Majeed yang merupakan vokalis kumpulan Iklim dibawa ke PPUKM pada Rabu lepas selepas mengalami sakit kepala kronik.

Penyanyi popular menerusi lagu Suci Dalam Debu itu baharu selesai menjayakan persembaha­n di Sabah se- lama 20 hari dan mengalami simptom itu sebaik pulang ke ibu kota.

Presiden Seniman Zed Zaidi dilaporkan telah mengemukak­an cadangan pengwujuda­n skim insurans tersebut bagi memberi perlindung­an berkaitan kecederaan dan kecacatan kekal kepada penggiat industri hiburan. — Bernama

 ?? Gambar Bernama ?? LAWAT: Jailani (tiga kanan) ketika melawat Saleem yang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dekat Kuala Lumpur, semalam.Turut hadir Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Fauzi...
Gambar Bernama LAWAT: Jailani (tiga kanan) ketika melawat Saleem yang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dekat Kuala Lumpur, semalam.Turut hadir Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Fauzi...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia