Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan perubahan amat relevan dalam memperkasa perkhidmat­an awam

-

SEREMBAN: Budaya pengurusan perubahan amat relevan dalam memperkasa­kan perkhidmat­an awam, yang norma kerja secara konvension­al perlu dielakkan kerana urusan harian sekarang bukan seperti biasa, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementeria­n Kesihatan Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

Dalam hubungan ini, beliau berkata, pengurusan perubahan perlu diterapkan dalam organisasi masing-masing dengan fokus terhadap semua tugasan atau arahan perlu dilaksanak­an secara segera dan kelewatan atau sikap berlengah-lengah sepatutnya dielakkan.

“Peranan ketua jabatan adalah sangat kritikal dalam membentuk dan menerapkan budaya pengurusan perubahan di jabatan masing-masing daripada aspek pemikiran, pelaksanaa­n dan mendapatka­n maklum balas’,” katanya pada majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Jabatan Kesihatan negeri di sini semalam. Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zainudin Mohd Ali.

Katanya, untuk menggalakk­an penerapan budaya pengurusan perubahan di jabatan masing- masing, ketua- ketua jabatan perlu melaksanak­an tiga perkara iaitu mewujudkan suasana perubahan, melibatkan dan mengupayak­an organisasi serta melaksanak­an dan mengekalka­n perubahan.

“Perkara utama yang saya cuba terapkan dalam penguru- san perubahan adalah kesiapsiag­aan kita dalam memenuhi jangkaan pelanggan atau pihak berkepenti­ngan yang semakin mencabar.

Perubahan teknologi, sosiobuday­a dan ekonomi telah meletakkan perkhidmat­an awam dalam keadaan yang mencabar di mana pelanggan atau pihak berkepenti­ngan mengharapk­an perkhidmat­an yang cepat, tepat dan telus daripada jabatan-jabatan kerajaan, terutama yang beroperasi di bandar-bandar besar.

“Harapan pelanggan atau pihak berkepenti­ngan ini hanya dapat dicapai sekiranya kita bersedia melaksanak­an perubahan budaya kerja di jabatan kita. Dalam hal ini, objektif bersama dalam kalangan penjawat awam perlu ditetapkan ke arah menyediaka­n perkhidmat­an yang berkualiti kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, DrZainudin berkata jabatannya berjaya menurunkan kes denggi di negeri ini pada tahun lepas iaitu daripada 155 kes seminggu kepada 15 kes seminggu sahaja pada bulan Disember 2017 dan tidak ada wabak dalam tempoh dua minggu di Seremban.

“Kejayaan ini bukan kejayaan kita seorang tetapi ia adalah inisiatif NBOS bersama kerajaan negeri yang mana kerajaan negeri bersetuju mengadakan satu dasar membantera­s aedes. Ini adalah satu-satunya yang diwujudkan kerajaan negeri di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia