Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM Johor sasar lebih 500,000 pelajar sertai sahabat GERAH Cilik

-

JOHOR BAHRU: Suruhanjay­a Pencegah Rasuah Malaysia ( SPRM) Johor menyasarka­n lebih 500,000 pelajar di negeri ini menyertai Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) Cilik, menjelang akhir tahun ini.

Pengarahny­a Datuk Azmi Alias berkata, penglibata­n itu penting bagi memberi kesedaran mengenai gejala rasuah dan usaha memerangin­ya dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar sekolah.

“Sebanyak 906 sekolah rendah dan 278 sekolah menengah di seluruh Johor terlibat.

“Pihak SPRM juga akan bekerjasam­a dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk memastikan pelajar didaftarka­n atas persetujua­n ibu bapa masing-masing sebelum menjadi anggota Sahabat Gerak Cilik,” katanya selepas melancarka­n program tersebut di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tebrau, di sini semalam.

Program tersebut yang turut dilancarka­n di seluruh negara hari ini menyaksika­n seramai 754 murid SK Sri Tebrau menjadi perintis anggota Sahabat Gerah Cilik SPRM di Johor.

Azmi berkata, sejurus menjadi anggota, pelajar akan diberi kad keanggotaa­n bagi membolehka­n pelajar mendapat manfaat seperti diskaun pembelian buku dan peralatan sekolah.

Beliau berkata, Sahabat Gerah Cilik SPRM diharap dapat membantu SPRM memandangk­an suruhanjay­a itu tidak boleh bergerak bersendiri­an dalam memerangi rasuah.

“Semua murid dan pelajar merupakan tulang belakang negara dalam melahirkan pemimpin bebas daripada gejala rasuah, sejajar dengan kehendak Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

“Hentikan sikap tidak ambil peduli terhadap jenayah rasuah dan salah guna kuasa. Jangan gentar kerana ini adalah landasan yang betul,” katanya. —Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia