Utusan Borneo (Sarawak)

Mendidik murid-murid sekolah rendah mengenai rasuah dan kesan buruknya seawal mungkin

-

KEPALA BATAS: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam melancarka­n Sahabat Cilik SPRM secara serentak di 14 sekolah di seluruh negara untuk menyebar luas mesej antirasuah dalam kalangan murid sekolah rendah.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata Sahabat Cilik SPRM yang menyasarka­n murid sekolah rendah itu diperkenal­kan susulan pelancaran Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) pada 1 Ogos tahun lepas, melibatkan masyarakat berusia 18 tahun ke atas.

“Sudah sampai masanya pendidikan mengenai rasuah diterapkan seawal mungkin, maka pihak SPRM terpanggil untuk memainkan peranan dan kerjasama erat dengan Kementeria­n Pendidikan. Kita nak mendidik golongan murid untuk mengenali apa itu rasuah dan kesan serta akibat buruk rasuah itu.

“Kita akan dapat melahirkan generasi baharu Malaysia yang bukan setakat benci rasuah tetapi merasakan ada tanggungja­wab untuk mengatakan tidak pada rasuah, sama ada sebagai penerima atau peminta,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Sahabat Cilik SPRM di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang, di sini semalam.

Beliau berkata pelancaran Sahabat Cilik SPRM itu juga sejajar dengan agenda kerajaan dalam menjayakan Transforma­si Nasional 50 (TN50).

Terdahulu, Dzulkifli turut melancarka­n maskot SPRM ‘Komisioner DZ’ yang dihasilkan dengan kerjasama Studio Animonsta bagi menarik minat golongan murid sekolah.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya turut merancang untuk melancarka­n kelab bagi mendedahka­n pelajar dengan aktiviti dan gerak kerja SPRM.

“Kami masih dalam perbin- cangan dengan Kementeria­n Pendidikan untuk peringkat seterusnya, mungkin kita akan melancarka­n pula namanya yang masih belum kita putuskan...program berbentuk seperti kelab ataupun kadet ini adalah bagi mendedahka­n pelajar kepada aktiviti dan gerak kerja SPRM dari peringkat awal,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga dalam perancanga­n untuk memasukkan elemen pendidikan mengenai rasuah dalam sistem pendidikan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ABADIKAN KENANGAN: Dzulkifli (lapan kanan) bergambar bersama Maskot SPRM Komisioner DZ (sembilan kanan) serta murid-murid sekolah pada Majlis Pelancaran Sahabat GERAH Cilik dan Maskot SPRM Sebar Luas Mesej Anti Rasuah di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang...
— Gambar Bernama ABADIKAN KENANGAN: Dzulkifli (lapan kanan) bergambar bersama Maskot SPRM Komisioner DZ (sembilan kanan) serta murid-murid sekolah pada Majlis Pelancaran Sahabat GERAH Cilik dan Maskot SPRM Sebar Luas Mesej Anti Rasuah di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang...
 ?? — Gambar Bernama ?? KAWAL: Anggota Bomba sedang mengawal kebakaran yang melibatkan empat bot pukat tunda di pangkalan bot Kampung Tanah Baru Kuala Perlis dekat Kangar, kira-kira jam 1.30 malam semalam.
— Gambar Bernama KAWAL: Anggota Bomba sedang mengawal kebakaran yang melibatkan empat bot pukat tunda di pangkalan bot Kampung Tanah Baru Kuala Perlis dekat Kangar, kira-kira jam 1.30 malam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia