Utusan Borneo (Sarawak)

Isu terowong: SPRM akan lantik perunding bebas

-

SEPANG: Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti (CDERT) yang berperanan mengurus bencana di peringkat komuniti kini dianggotai oleh lebih 38,000 sukarelawa­n, kata Ketua Pesuruhjay­a Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Datuk Azmy Yahya.

Beliau berkata, jumlah itu terhasil daripada penubuhan 1,790 CDERT peringkat komuniti dan kampung di seluruh negara sejak pasukan tersebut ditubuhkan pada Mac 2006.

“Kesemua anggota CDERT ini dilatih dengan kepakaran tertentu mengikut keperluan atau risiko bencana di sesuatu tempat seperti banjir atau lemas bagi kawasan perkelahan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n jawatankua­sa sukarelawa­n bencana peringkat Sepang di sini semalam.

Perkembang­an itu katanya mengetenga­hkan tahap kesiapsiag­aan APM pada tahap terbaik untuk menguruska­n bencana di peringkat komuniti sebelum ketibaan agensi bantuan kerajaan yang lain.

Azmy berkata, skuad CDERT akan diperluas ke segenap komuniti termasuk di bandar dan syarikat-syarikat secara berterusan selaras dengan peranannya sebagai pasukan terawal mengurus sesuatu bencana. — Bernama KEPALA BATAS: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) sedang dalam proses mendapatka­n khidmat perunding bebas untuk membuat penilaian berhubung kos kajian kebolehlak­sanaan bagi projek melibatkan tiga jalan utama dan terowong sdasar laut di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, pihak SPRM sedang berbincang dengan beberapa perunding bebas dan masih belum memuktamad­kannya.

“Kes- kes seumpama ini yang melibatkan hal- hal teknikal mengikut pengalaman kami ia akan mengambil masa lagi. Pihak kami sedang berbincang dengan pihakpihak teknikal ataupun pihak konsultan untuk membuat penilaian berhubung dengan nilai kajian kebolehlak­sanaan projek itu,” katanya di sini semalam.

Beliau ditemui pemberita pada majlis pelancaran Sahabat Cilik SPRM dan Maskot SPRM oleh Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang, di sini, semalam.

Azam berkata, setakat ini sebanyak 127 saksi telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes projek itu dan beliau tidak menolak kemungkina­n lebih ramai lagi akan dipanggil termasuk memanggil semula saksi-saksi yang telah memberi keterangan.

“Saya tidak tahu berapa ramai lagi (akan dipanggil) tetapi siasatan ini masih dijalankan dan mengambil masa lagi untuk disiapkan. Banyak saksi akan dipanggil,” katanya.

Ditanya sama ada Ketua Menteri Lim Guan Eng akan dipanggil untuk memberi keterangan, Azam berkata buat masa ini belum ada keperluan berbuat demikian.

Sebelum ini, SPRM telah memanggil dua Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Lim Hock Seng dan Prof Dr P. Ramasamy untuk membantu siasatan projek berkenaan.

Projek berkenaan merangkumi Jalan Berkembar Pesisir Utara sepanjang 10.53km dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, jalan pintas Air Itam-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 5.7km dan jalan pintas Persiaran Gurney-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 4.075km.

Projek itu juga termasuk pembinaan terowong dasar laut sepanjang 7.2km menghubung­kan Persiaran Gurney di bahagian pulau ke Bagan Ajam di Seberang Perai.

Projek tersebut sedang disiasat SPRM kerana didakwa melibatkan kos kajian kebolehlak­sanaan yang tinggi dan kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri. Ia juga menerima bantahan daripada pihak yang menyuaraka­n kebimbanga­n tentang kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Sementara itu, Azam ketika ditanya perkembang­an kes sebuah kilang beroperasi secara haram di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam dekat sini sejak 10 tahun lepas berkata siasatan kes itu telah siap dan kertas siasatan telah dikemukaka­n kepada Timbalan Pendakwa Raya SPRM untuk tindakan selanjutny­a.

Pada 10 Ogos tahun lepas, SPRM menjalanka­n operasi di kilang haram memproses serbuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam yang dipercayai mencemari alam sekitar di kampung itu.

SPRM turut mengambil beberapa dokumen daripada pejabat Majlis Perbandara­n Seberang Perai (MPSP) di Bandar Perda bagi membantu siasatan kes tersebut.

Susulan itu, SPRM mereman anggota Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh dan dua beranak yang merupakan pengarah dan pengurus kilang tersebut bagi membantu siasatan.

Isu berhubung kilang haram itu pernah dibangkitk­an Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti daripada PKR Dr Norlela Ariffin pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri yang mendakwa banyak kilang haram dibiar beroperasi di Penanti tanpa tindakan lanjut oleh kerajaan negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia