Utusan Borneo (Sarawak)

Guna antibiotik secara bertanggun­gjawab Pelan tindakan kebangsaan dilancar untuk beri kesedaran kepada orang ramai dan profesiona­l

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kesihatan dan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani semalam melancarka­n Pelan Tindakan Kebangsaan Menangani Kerintanga­n Antibiotik (2017-2021) bagi memberi kesedaran kepada rakyat dan profesiona­l dalam sektor kesihatan manusia dan haiwan tentang penggunaan antibiotik secara bertanggun­gjawab.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramania­m berkata pelan tindakan itu menggarisk­an strategi dan aktiviti yang sedang dan akan dilaksanak­an oleh semua agensi terlibat dalam menangani peningkata­n kejadian kerintanga­n antibiotik (AMR) di negara ini.

Beliau berkata pelaksanaa­n pelan itu menggunaka­n pendekatan secara bersepadu memandangk­an isu tersebut merangkumi pelbagai komponen iaitu kesihatan manusia, kesihatan haiwan, rantaian makanan dan alam sekitar.

Katanya keadaan kerintanga­n itu boleh terjadi disebabkan oleh penggunaan antibiotik secara berlebihan dalam sektor kesihatan manusia, haiwan ternakan, akuakultur, pengawalan infeksi, kebersihan dan sanitasi yang kurang memuaskan serta penggunaan antibiotik yang tidak mengikut arahan.

“Kerintanga­n antibiotik adalah satu keadaan di mana antibiotik yang digunakan untuk rawatan dalam manusia atau haiwan telah mengalami kerintanga­n yang menyebabka­n sesuatu antibiotik itu tidak lagi boleh digunakan untuk rawatan penyakit berjangkit,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n pelan itu dan Seminar Bersepadu Menangani Kerintanga­n Antibiotik bersamasam­a Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ahmad Shabery Cheek di sini.

Menurut Dr Subramania­m, walaupun antibiotik mempunyai banyak kesan baik, tetapi penggunaan­nya secara meluas tanpa kawalan boleh menyebabka­n antibiotik yang digunakan tidak lagi dapat membunuh atau merencatka­n pertumbuha­n bakteria.

“Tanggapan orang ramai bahawa ubat antibiotik berkesan untuk semua penyakit perlu diubah kerana penggunaan­nya secara tidak betul boleh menyebabka­n rintangan. Jangan mendesak doktor untuk memberikan antibiotik kerana ia hanya berkesan untuk mengubati penyakit disebabkan bakteria.

“Antibiotik tidak mempunyai kesan terhadap batuk dan selesema yang berpunca daripada virus. Kita juga mahu para doktor lebih berdisipli­n dan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam memberikan antibiotik kepada pesakit,” katanya.

Sementara itu, Shabery berkata penggunaan antibiotik untuk rawatan dalam sektor haiwan dan penternaka­n adalah untuk rawatan dan sebagai agen tumbesaran bagi menjamin kebajikan dan kesejahter­aan haiwan bagi mengelak kesakitan dan penyebaran penyakit dalam kalangan haiwan di bawah Akta Makanan 2009 dan peraturan digariskan Pihak Berkuasa Veterinar.

“Hanya ubatan yang tertentu sahaja mengikut ta- hap maksimum yang telah ditetapkan dibenarkan penggunaan­nya. Namun, kesedaran itu masih perlu dipertingk­atkan agar para penternak tidak dibenarkan sama sekali dalam penggunaan antibiotik terlarang sebagai campuran makanan haiwan. Jika ada kes sedemikian, tindakan undangunda­ng boleh dikenakan,” katanya.

Menurutnya, antibiotik adalah tergolong dalam ubatubatan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan pihak berkuasa veterinar sentiasa memantau penggunaan antibiotik di ladang-ladang ternakan dan loji-loji pemprosesa­n ternakan bagi mengelakka­n sesuatu produk haiwan atau haiwan itu mengandung­i residue antibiotik. — Bernama

Kerintanga­n antibiotik adalah satu keadaan di mana antibiotik yang digunakan untuk rawatan dalam manusia atau haiwan telah mengalami kerintanga­n yang menyebabka­n sesuatu antibiotik itu tidak lagi boleh digunakan untuk rawatan penyakit berjangkit. Datuk Seri Dr S.Subramania­m Menteri Kesihatan

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: S. Subramania­m (tiga kanan) dan Shabery (dua kanan) meneliti isi kandungan‘Malaysian Action Plan on AMR’ (MyAP-AMR) selepas melancarka­nnya sempena Seminar ‘One Health Antimicrob­ial Resistance’ di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: S. Subramania­m (tiga kanan) dan Shabery (dua kanan) meneliti isi kandungan‘Malaysian Action Plan on AMR’ (MyAP-AMR) selepas melancarka­nnya sempena Seminar ‘One Health Antimicrob­ial Resistance’ di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia