Utusan Borneo (Sarawak)

Dua inisiatif baharu untuk warga dan veteran ATM

-

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein mengumumka­n dua inisiatif baharu untuk warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) melalui pewujudan Amanah Saham Bumiputera Zulu (ASB-Z) dan Tabung Khas bagi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT)

Hishammudd­in berkata skim ASB- Z itu mampu menawarkan pulangan yang lebih berbanding skim ASB sedia ada.

Ia dilakukan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad ( PNB) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad ( BMMB) dengan bank itu menawarkan pakej pembiayaan untuk jangka masa lima hingga 10 tahun bernilai RM14,000 hingga RM140,000.

“Diharap ia akan berjaya memupuk budaya melabur dalam kalangan warga ATM dan meningkatk­an taraf sosioekono­mi mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis Amanat Menteri Pertahanan 2018 di sini semalam.

Menurutnya untuk tabung khas BAKAT ATM, sebanyak RM815,000 akan diperuntuk­kan dan akan diagih mengikut jumlah keanggotaa­n BAKAT bagi setiap perkhidmat­an.

Dalam pada itu, Hishammudd­in berkata tujuh lagi inisiatif untuk warga awam Kementeria­n Pertahanan (MINDEF) iaitu peruntukan 500 unit rumah yang bakal dibina di Sungai Besi di bawah inisiatif Rumah Wilayah Persekutua­n (RUMAWip), Karnival Jualan Murah secara bulanan pada harga rendah daripada pasaran dan menaik taraf Taska Puspanita Mindef serta mewujudkan Rumah Transit dengan dana tambahan RM30,000.

Beliau berkata kementeria­nnya juga akan memperk- enalkan bantuan pendidikan khas untuk anak-anak warga awam MINDEF yang cemerlang dalam peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu masing-masing RM100 dan RM150 sebulan selama setahun.

Beliau berkata turut bakal dinikmati golongan berkenaan ialah peningkata­n kuota haji daripada 100 orang sebelum ini kepada 200 orang, memperkasa perkhidmat­an pendidikan dengan menyediaka­n Feri Sekolah (bas) di 38 sekolah di dalam kem ATM dan inisiatif terakhir ialah membolehka­n warga awam MINDEFmend­apat rawatan di Hospital Angkatan Tentera dan Poliklinik ATM.

“Saya berharap inisiatif ini dapat dimanfaatk­an sebaiknya dan sebagai bukti penghargaa­n kerajaan terhadap jasa warga ATM, veteran ATM dan warga MINDEF,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Idris (duduk, dua kanan) bergambar bersama para pelajar Malaysia di United Kingdom selepas majlis Penyerahan Surat Pelanjutan Biasiswa (SLAB/SLAI) di Malaysia Hall, London semalam. Turut hadir Ahmad Rasidi (duduk, tiga kiri).
— Gambar Bernama CERIA: Idris (duduk, dua kanan) bergambar bersama para pelajar Malaysia di United Kingdom selepas majlis Penyerahan Surat Pelanjutan Biasiswa (SLAB/SLAI) di Malaysia Hall, London semalam. Turut hadir Ahmad Rasidi (duduk, tiga kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Hishammudd­in berswafoto dengan anggota tentera pada Majlis Amanat Menteri Pertahanan 2018 di Wisma Perwira di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Hishammudd­in berswafoto dengan anggota tentera pada Majlis Amanat Menteri Pertahanan 2018 di Wisma Perwira di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia