Utusan Borneo (Sarawak)

KR1M 2.0 terima respons positif rakyat: Hamzah

-

PUTRAJAYA: Masyarakat memberi respons positif terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia ( KR1M) 2.0 kerana melihatnya sebagai inisiatif yang dapat membantu rakyat, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata inisiatif KR1M 2.0 juga membantu memberikan persepsi yang baik terhadap peranan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( KPDNKK) dalam membantu rakyat.

“Hari ini apabila orang jumpa saya mereka memuji KR1M 2.0 sebagai inisiatif yang bijak dan saya bangga usaha ini dijalankan,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2017 KPDNKK di sini, semalam. — Bernama KANGAR: Setiap kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini menyebabka­n kerugian RM2.3 juta, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Datuk Rosli Isa.

Beliau berkata kos itu merupakan dapatan kajian dari segi ekonomi yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia.

Nilai itu merangkumi kos perubatan dan insurans, katanya kepada pemberita selepas Program Jalan 10,000 Langkah Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Ahmad, di sini semalam.

Beliau berkata tahun lepas kira-kira RM15 bilion dibelanjak­an membabitka­n 6,740 kematian nahas jalan raya.

”Punca utama kemalan- gan adalah sikap pemandu seperti lalai, tidak mematuhi peraturan jalan raya dan mengunakan telefon bimbit ketika memandu,” katanya menambah kesalahan itu dilakukan oleh hampir semua pemandu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia