Utusan Borneo (Sarawak)

Peladang turut membantu pembanguna­n ekonomi negara selama ini

-

BAGAN DATUK: Kerajaan bersedia mempertimb­angkan satu bentuk elaun khas untuk diberikan khusus kepada seluruh Pertubuhan Peladang di negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau sendiri akan membawa perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dibincangk­an tidak lama lagi bagi menggembir­akan para peladang dalam usaha memastikan golongan berkenaan yang membantu pembanguna­n ekonomi negara selama ini mendapat manfaat.

“Nelayan sudah ada RM300 sebulan, pesawah pun dapat bantuan sebanyak RM600 (semusim), begitu juga dengan penoreh getah, takkan mereka sahaja yang dapat bantuan?

“Peladang pula apa oleholeh mereka, jadi saya akan duduk dengan Perdana Menteri dan menterimen­teri terlibat supaya kita dapat ikhtihar sesuatu untuk mereka ( peladang). Kita ( kerajaan) ingin memberi berita gembira untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Jalinan Peladang peringkat negeri Perak di pekarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hutan Melintang di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan In-

Nelayan sudah ada RM300 sebulan, pesawah pun dapat bantuan sebanyak RM600 (semusim), begitu juga dengan penoreh getah, takkan mereka sahaja yang dapat bantuan? Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

dustri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Tan Sri Zainal Dahalan dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPK negeri Datuk Zadzri Ismail dan Pengerusi AJP PPK Hutan Melintang Datuk Khairud- din Tarmizi.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata elaun khas itu sebagai penghargaa­n kerajaan terhadap sumbangan semua peladang yang mendokong agenda yang dilaksanak­an kerajaan selama ini.

“Ini (pemberian elaun khas) bukan kerana wang ringgit tetapi sebagai penghargaa­n kepada usaha mereka, InsyaAllah kalau selama ini mereka bantu kerajaan maka bila ada peruntukan khas, saya yakin lebih kuat mereka akan bantu kerajaan nanti,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BEGINI CARANYA: Ahmad Zahid (kanan) menunjukka­n kemahirann­ya mengeluark­an isi kelapa ketika melawat tapak pameran selepas merasmikan Karnival Jalinan Peladang Peringkat Negeri Perak di Parlimen Bagan Datuk semalam.
— Gambar Bernama BEGINI CARANYA: Ahmad Zahid (kanan) menunjukka­n kemahirann­ya mengeluark­an isi kelapa ketika melawat tapak pameran selepas merasmikan Karnival Jalinan Peladang Peringkat Negeri Perak di Parlimen Bagan Datuk semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia